Harian Metro

MENSYUKURI REZEKI KORBAN

„ Program TKHM 2018 bersama Takaful Ikhlas santuni 40 asnaf

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Bagi berkongsi keceriaan menyambut Aidiladha, Program Korban Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2018 menumbangk­an 14 ekor lembu di Masjid

Ar-Rahimah, Gombak, semalam.

Program dengan kerjasama Takaful Ikhlas Berhad turut disertai 70 sukarelawa­n Persatuan Seni Silat Cekak (PSSCM) Malaysia.

Selain itu, lebih 1,000 kariah Masjid Ar-Rahimah dari sekitar Gombak turut memeriahka­n majlis dengan acara gotong-royong menyembeli­h dan melapah.

Seramai 40 asnaf turut menerima sumbangan wang zakat, daging korban dan Kotak Rezeki sumbangan Harian Metro serta Takaful Ikhlas.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Am Takaful Ikhlas Eddy Azly Abidin berkata, program korban kali kedua bersama akhbar ini adalah sebahagian program komuniti di bawah segmen kebajikan untuk membantu golongan memerlukan.

“Kita menyumbang­kan 12 ekor lembu hasil penyertaan kakitangan untuk golongan kurang berkemampu­an di samping mengagihka­n bantuan daging korban.

“Kebanyakan penerima sumbangan adalah daripada keluarga fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal selain penerima daging korban membabitka­n 1,000 kariah masjid ini,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Kata beliau, pihaknya turut menyumbang­kan wang zakat dan Kotak Rezeki berbentuk makanan asasi kepada 40 asnaf terpilih.

“Program menyembeli­h bermula jam 8 pagi dan selesai melapah serta mengagihka­n pada jam 3 petang,” katanya.

Katanya, pihaknya turut mengucapka­n terima kasih atas kerjasama diberikan akhbar ini bersama jemaah masjid yang menjayakan program demi meraikan mereka kurang berkemampu­an.

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (NSTP) Othman Mamat berkata, NSTP menyumbang­kan dua ekor lembu hasil penyertaan kakitangan syarikat akhbar itu.

“Alhamdulil­lah dengan kerjasama semua pihak program berjalan lancar malah berjaya mengagihka­n 1,000 bungkusan daging korban kepada penduduk sekitar.

“Kita turut mengagihka­n 10 Kotak Rezeki Harian Metro khas untuk asnaf terpilih,” katanya.

Sementara itu, nazir masjid berkenaan, Abd Rahman Satam mengucapka­n terima kasih kepada akhbar ini yang memilih masjid berkenaan sebagai lokasi untuk program itu.

“Saya juga mengucapka­n jutaan penghargaa­n kepada semua yang sudi membantu, menjayakan dan mendoakan majlis ini berjalan lancar kerana akhirnya ini untuk komuniti di sini, sekali gus mengukuhka­n lagi jalinan ukhwah sesama masyarakat Islam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEJUMLAH 14 lembu dikorbanka­n sempena Program Korban Titipan Kasih Harian Metro 2018 di Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood Gombak.
SEJUMLAH 14 lembu dikorbanka­n sempena Program Korban Titipan Kasih Harian Metro 2018 di Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood Gombak.
 ??  ?? PESERTA program melapah daging untuk diagihkan.
PESERTA program melapah daging untuk diagihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia