Harian Metro

BR1M dikurang sebelum ditamatkan

Kerajaan berhasrat henti bantuan dalam jangka panjang

-

Kerajaan berhasrat mengurangk­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingk­at sebelum dihentikan sepenuhnya.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung langkah terbabit, sesuai dengan penguranga­n yang bakal dibuat.

“Kami akan kurangkan sedikit demi sedikit (BR1M) sambil menjelaska­n objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri. Barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” katanya seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian semalam.

Dr Mahathir dilapor menyifatka­n pentadbira­n kerajaan terdahulu di bawah kepemimpin­an Datuk Seri Najib Razak ‘memanjakan rakyat’ dengan bantuan wang tunai tanpa mereka perlu melakukan kerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja, kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

“Tetapi rakyat masih mahukan BR1M. Mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya seperti dilapor portal terbabit.

Mahathir berkata, matlamat kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk menyediaka­n peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.

BR1M mula diperkenal­kan pada 2012 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, manakala golongan berpendapa­tan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Individu berpendapa­tan RM2,000 ke bawah pula menerima sebanyak RM450.

Secara keseluruha­nnya, sebanyak RM6.8 bilion diperuntuk­kan dalam bajet tahun ini membabitka­n agihan kepada 7.2 juta penerima.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumka­n akan menggantik­an BR1M dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) apabila berjaya mengambil alih kerajaan selepas Pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Peringkat ketiga bayaran BSH dibuat sebelum sambutan Aidiladha baru-baru ini, membabitka­n peruntukan RM1.6 bilion yang dibayar kepada 4.1 juta penerima.

Kami akan kurangkan sedikit demi sedikit (BR1M) DrMahathir

 ??  ?? BANTUAN BR1M diperkenal­kan pada tahun 2012.
BANTUAN BR1M diperkenal­kan pada tahun 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia