Harian Metro

PENANTIAN BERAKHIR

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Selepas dua hari menunggu, akhirnya seorang bapa lega apabila anaknya ditemui pasukan penyelamat walaupun sudah tidak bernyawa.

Zamzuradi Othman, 46, bapa kepada arwah Khairul Ikmal Danial, 19, berkata, dia bersyukur dengan penemuan itu berikutan sebelum ini bimbang mayat anaknya sukar ditemui.

Khairul Ikmal Daniel ditemui lemas jam 9.45 pagi semalam selepas hilang ketika mandi di Pantai Teluk Kalong, Kijal, di sini, bersama enam rakannya, Khamis lalu.

Zamzuradi berkata, sebaik mengetahui kejadian menimpa anaknya, dia bimbang dan tidak putus berdoa serta melakukan solat hajat memohon supaya anaknya ditemui segera.

“Alhamdulil­lah, Allah SWT mendengar doa saya mencari dan menyelamat (SAR) tiga sahabat yang lemas di

Pantai Teluk Kalong, Kijal, Kemaman sejak petang Khamis lalu tamat selepas mayat mangsa terakhir ditemui jam 9.45 pagi semalam.

Mayat Khairul Ikmal

Danial Zamzuradi ditemui terdampar pada jarak 2.1 kilometer (km) dari Pos Kawalan Bomba di pantai itu.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata mayat mangsa ditemui anggota pasukan SAR di gigi air pantai itu. dan keluarga serta memakbulka­nnya.

“Walaupun ditemui tidak bernyawa, saya tetap bersyukur kerana mayatnya sempurna. Kami reda takdir ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman di sini, semalam.

Menurutnya, Khairul Ikmal Daniel yang juga penuntut Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Kok Lanas, Kelantan tidak menunjukka­n sebarang perubahan sepanjang bercuti di kampung.

“Cuma pada malam sebelum kejadian, dia minta izin mahu ke pantai itu bersama rakan untuk memancing tetapi saya tidak izinkan dan meminta menjaga rumah kerana kami mahu menghadiri kenduri di Kuala Terengganu.

“Tak sangka dia pergi juga, sehinggala­h saya dikejutkan panggilan telefon memaklumka­n kejadian menimpanya dan rakan-rakan,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.20 petang kelmarin, Khairul Ikmal Danial bersama dua lagi rakannya Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, dan Shahir Aqil Shahrun, 19, lemas selepas mandi di pantai itu bersama empat lagi rakan mereka.

Khairul Ikmal Danial adalah mangsa terakhir ditemui jam 9.45 pagi semalam. SeOperasi “Siapa tak sedih. Baru sekejap kami bergurau, berkelah dan bergambar bersama selepas lama tidak bertemu dalam sekelip mata juga kami kehilangan mereka sekali gus,” kata Ahmad Haikal Zaaba, 19.

Dia yang juga rakan sekolah tiga mangsa lemas di Pantai Teluk Kalong, Kijal di sini, tidak menafikan masih dihantui kekesalan atas tragedi berlaku namun reda dengan ketentuan Allah.

Dalam tragedi jam 6.20 petang Khamis lalu, Ahmad Haikal kehilangan rakannya, Shahir Aqil Shahrun, Ahmad Daniel belum itu, mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, ditemui pada jam 5.20 pagi dan Shahir Aqil yang juga atlet pencak silat Terengganu untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ditemui jam 4.30 pagi kelmarin.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui terdampar di gigi air pantai itu.

Beliau berkata, faktor pasang surut air laut menyebabka­n mangsa ditarik ke tengah

„ Mangsa lemas terakhir dijumpai jam 9.45 pagi semalam

dan tenggelam ke dasar, sebelum air pasang dan ombak kuat menolak mayat ke pesisir pantai.

“Disebabkan itu usaha mencari dan menyelamat di laut gagal menemui mangsa. Apa pun kita bersyukur semua mangsa ditemui dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Jenazah Khairil Ikmal Danial dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentuk, di sini, manakala jenazah Ahmad Daniel Firdaus dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman.

 ??  ?? JENAZAH Ahmad Daniel dituntut keluargany­a selepas siap dibedah siasat di Bilik Forensik Hospital Kemaman.
JENAZAH Ahmad Daniel dituntut keluargany­a selepas siap dibedah siasat di Bilik Forensik Hospital Kemaman.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa lemas berkumpul di Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk menuntut jenazah.
AHLI keluarga mangsa lemas berkumpul di Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk menuntut jenazah.
 ??  ?? PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Khairul yang ditemui terdampar di persisiran pantai.
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Khairul yang ditemui terdampar di persisiran pantai.
 ??  ?? AHMAD Daniel
AHMAD Daniel
 ??  ?? KHAIRUL Ikmal
KHAIRUL Ikmal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia