Harian Metro

AJAL MENUBA

- Mohammad Ishak cnews@nstp.com.my

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba tangkap ikan di sungai

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menuba ikan di sungai dekat Kampung Bekok di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa Ahmad Khusairie Mohamad, 26, dari Kampung Padang Bual, Hulu Besut ke sungai berkenaan bersama abangnya berusia 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika tiba di kawasan itu abang mangsa menasihati­nya supaya membatalka­n hasrat menuba ikan kerana air sungai keruh.

Katanya, namun mangsa enggan menyebabka­n abangnya naik ke tebing dan membiarkan adiknya menuba seorang diri.

Katanya, beberapa minit kemudian lelaki itu turun ke tebing sungai dan mendapati adiknya terdampar di pasir dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Abang mangsa cuba menyedarka­n mangsa beberapa kali namun keadaannya lemah dan tidak mampu bercakap.

“Mangsa dikendong pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Bual, lapan kilometer dari lokasi kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, abang mangsa menghubung­i Klinik Kesihatan Pasir Akar untuk memeriksa mangsa.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia