Harian Metro

PIKUL MAYAT KOMUNIS 7KM

- D J Dolasoh cnews@nstp.com.my

„ Bekas anggota RAMD kongsi pengalaman tertidur berteman jasad pada waktu malam

Georgetown: Kudung tangan kanan tidak menjadi penghalang kepada seorang penternak kambing bagi membuktika­n rasa cintanya kepada negara sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

A Santana Dass, 35, mempunyai cara tersendiri bagi menyemarak­kan semangat cintakan negara apabila memilih untuk menunggang motosikal sambil mengibarka­n Jalur Gemilang ke tiga negara iaitu Singapura, Thailand, dan Myanmar bermula 16 September depan.

Inisiatif anak jati Pulau Pinang itu bakal mencipta Rekod Dunia Guinness dan

(MBR) bagi kategori tunggangan motosikal terjauh dengan satu tangan (cacat) secara solo, ke tiga negara.

Santana berkata, dia akan memulakan jelajah sejauh 6,063 kilometer (km) pada

Memikul mayat komunis sejauh tujuh kilometer dan tertidur di sebelah mayat pada waktu malam antara pengalaman tidak dapat dilupakan Sarjan Mohamad Sofian Dochik, 70, sepanjang hampir 23 tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Peristiwa pada pertengaha­n Disember 1970 itu berlaku ketika dia bersama lapan anggota memasuki hutan Kampung Alai, Jeli, Kelantan bagi melakukan Operasi Gerak Gempur terhadap kumpulan komunis. “Sebaik kumpulan komunis menyedari kehadiran kami, berlaku pertempura­n dan kami berjaya menembak mati dua komunis membabitka­n seorang lelaki dan seorang wanita, umur dalam lingkungan awal 30-an.

“Saya memikul mayat lelaki manakala rakan saya memikul mayat wanita untuk dibawa ke lokasi pendaratan helikopter sejauh kira-kira tujuh kilometer,” kata Mohamad Sofian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Dinding di sini.

Katanya, walaupun bangga kerana berjaya membunuh dua komunis tetapi dia sedikit terkilan kerana wanita yang terbunuh itu mengandung dan mereka sepakat memikul kedua-duanya untuk dibawa keluar dari lokasi.

Menurutnya, selepas tiga jam dari 3.45 petang memikul mayat terbabit, dia dan rakan kepenatan dan mengambil keputusan bermalam di satu lokasi dengan mayat diletakkan di tengah-tengah bagi mengelak ancaman binatang buas.

“Ketika memikul mayat itu, saya dengar bunyi ‘prak-prak’ pada badan mayat seolah-olah masih hidup selain badan saya penuh berlumuran darah dan bau darahnya yang sangat menusuk hidung.

“Selepas Subuh keesokanny­a, kami meneruskan perjalanan dan saya seorang memikul mayat musuh itu meskipun ada rakan lain yang mahu membantuny­a untuk bergilir-gilir,” katanya yang turut kesal kerana kedua-dua komunis terkorban itu adalah berbangsa Melayu.

Mohamad Sofian berkata, selain pengalaman memikul mayat komunis itu, ada beberapa lagi peristiwa menjadi kenanganny­a termasuk ketika menyertai operasi di Bukit Berapit, Kroh (sekarang Pengkalan Hulu) pada 1975, apabila tujuh rakan seperjuang­annya terkorban ditembak musuh.

Menurutnya, dia bagaimanap­un terselamat dalam pertempura­n dianggap sengit itu.

Dalam satu lagi operasi di Kampung Alai, Gerik pada 1980, kejadian aneh berlaku apabila rakannya menembak musuh berpakaian jubah hijau namun tidak mati walaupun ditembak beberapa kali menyebabka­n dia mengajak rakannya segera meninggalk­an lokasi itu.

Mohamad Sofian mengakui, bertempur sebanyak enam kali dengan komunis sepanjang hampir 23 tahun berkhidmat iaitu dari 1969 sehingga bersara pada 8 Februari 1992 adalah pengalaman mengerikan.

Dia bersyukur kerana kini tiada lagi ancaman komunis di dalam negara.

Antara lokasi pertempura­nnya dengan komunis ialah Semantan, Sarawak (Mac 1970); Jeli, Kelantan (Disember 1970); Klian Intan, Kroh, Perak (1973); Bukit Berapit, Kroh (1975); Sik, Kedah (November 1977) dan di Kampung Alai, Gerik (1980).

Selepas pencen, Mohamad Sofian kini mengusahak­an tanah kebun di sekitar rumahnya di samping membantu isterinya Azizah Wook, 63, mengusahak­an jualan di kantin sebuah sekolah menengah di pekan Lenggong.

 ??  ?? MOHAMAD Sofian (duduk kanan) di Sandakan, Sabah pada 1989.
MOHAMAD Sofian (duduk kanan) di Sandakan, Sabah pada 1989.
 ??  ?? MOHAMAD Sofian menunjukka­n betisnya yang terkena jerangkap samar.
MOHAMAD Sofian menunjukka­n betisnya yang terkena jerangkap samar.
 ??  ?? MOHAMAD Sofian (tiga dari kiri) ketika menerima pingat perkhidmat­an cemerlang di Sandakan, Sabah pada 1989.
MOHAMAD Sofian (tiga dari kiri) ketika menerima pingat perkhidmat­an cemerlang di Sandakan, Sabah pada 1989.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia