Harian Metro

‘Sebelah tangan’ teroka tiga negara

-

jam 9 pagi 16 September ini dari Bukit Jambul di sini, menghala ke Bangkok, Thailand dan Myanmar sebelum berpatah balik ke Singapura dan kembali semula ke Pulau Pinang.

Katanya, mengikut perancanga­nnya, dia dijangka kembali ke Pulau Pinang pada jam 8 malam, 29 September depan.

“Perjalanan kali ini akan merentasi tiga negara dan menggunaka­n motosikal Yamaha R25 yang sudah diubah suai serta digunakan bagi tujuan harian sejak setahun lalu.

“Saya membelanja­kan RM700 bagi membuat pengubahsu­aian pada motosikal itu dengan menukar pendikit minyak dari kanan ke kiri bagi memudahkan ia dikendalik­an,” katanya .

Menurutnya, pengembara­an itu akan mencabar kemahirann­ya dalam mengendali­kan motosikal menggunaka­n satu tangan.

Justeru katanya, dia mengharapk­an doa dan sokongan rakyat Malaysia dalam memastikan misinya berjaya.

Katanya, idea pengembara­an berkenaan tercetus selepas dia yang dilahirkan sempurna, mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal tiga tahun lalu sehingga menyebabka­nnya hilang tangan kanan.

“Sejak hilang tangan kanan, saya merasakan seperti kehidupan kosong. Jadi, saya tekad memulakan sesuatu yang mencabar, sekali gus dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

“Memang saya orang kelainan upaya (OKU), namun ia bukan penghalang kepada diri saya. Saya ingin mencabar diri saya dan menolak stigma orang di luar sana mengenai OKU,” katanya.

Santana berkata, kos keseluruha­n pengembara­an selama 14 hari itu membabitka­n RM27,000 dan dia masih mencari pihak yang sudi menaja perbelanja­annya termasuk kos penyelengg­araan motosikal serta tempat tinggal.

Katanya, ketika ini dia hanya menerima sumbangan permulaan RM1,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban A Kumaresan.

“Selain itu, saya juga memohon pertolonga­n daripada mana-mana kelab motosikal untuk menemani saya pada peringkat tertentu perjalanan bagi tujuan keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? SANTANA akan memulakan ekspidisi 6063km ke tiga negara bermula 16 September depan.
SANTANA akan memulakan ekspidisi 6063km ke tiga negara bermula 16 September depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia