Harian Metro

? DI MANA JHO LOW

- Teoh Pei Ying, Mohd Hasbi Sidek dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Di manakah lokasi persembuny­ian ahli perniagaan yang sedang melarikan diri, Low Taek Jho atau Jho Low. Ramai berpendapa­t China adalah pilihan utama untuk Jho Low mengelakka­n diri dari diberkas termasuk oleh pihak Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

China selaku kuasa besar dunia mempunyai kecenderun­gan untuk tidak mematuhi notis merah dikeluarka­n INTERPOL meskipun tersenarai sebagai negara anggota.

Pakar Geostrateg­is, Azmi Hassan berkata senario yang berlaku sekarang di antara kedua-dua negara juga dilihat sebagai peluang bagi Jho Low menjadikan China sebagai tempat persembuny­iannya.

Katanya, selain isu geopolitik, Jho Low mempunyai sumber di negara tembok besar itu berdasarka­n latar belakang keluarga apabila datuknya, Datuk Low Meng Tak dikatakan berasal dari Guangdong, antara negeri terbesar di China.

“Jika dilihat, ada semacam ketegangan yang berlaku di antara Malaysia dan China, isu pembatalan projek-projek besar ini memberikan satu senario untuk digunakan oleh individu selicik Jho Low.

“Malah, beliau dikatakan mempunyai sumber yang boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan hariannya di China, memandangk­an beliau mempunyai seorang datuk yang bergelar jutawan di sana.

“Satu lagi aspek penting, apabila menyentuh mengenai notis merah INTERPOL kadang-kadang negara kuasa besar seperti China dan Russia tidak akan mengendahk­an notis itu, kerana notis Interpol ini hanyalah satu persefaham­an di antara negara yang terbabit, tidak ada peruntukan mensabitka­n kesalahan kepada negara yang tidak mematuhiny­a,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, pula melihat notis merah INTERPOL itu hanyalah sebahagian kecil daripada isu yang lebih besar iaitu proses ekstradisi.

Katanya, jika kita melihat proses berkenaan dengan lebih mendalam, Jho Low sebenarnya boleh memilih mana-mana negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

“Notis merah ini proses polis memaklumka­n kepada semua negara ahli Interpol mengenai individu yang dicari, dan jika individu itu dikesan berada di

negara ahli, tangkapan boleh dilakukan.

“Namun, tidak semua negara ahli itu mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, sebagai contoh hanya Singapura dan

Brunei mempunyai perjanjian ekstradisi yang amat jelas dengan Malaysia.

“Maka terpulang kepada negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi ini untuk serahkan atau tidak individu terbabit kepada negara yang memohon.

“Bagaimanap­un, Malaysia boleh memohon ekstradisi menerusi budi bicara politik, di sinilah saya melihat betapa kritikalny­a untuk Malaysia melantik seorang wakil kerajaan untuk berbincang dengan mana-mana negara jika Jho Low

„ Pakar percaya dua beranak songlap duit 1MDB bersembuny­i di China

 ??  ?? JHO Low KAPAL layar Equanimity yang dilabuhkan di Boustead Cruise Terminal di Port Klang.
JHO Low KAPAL layar Equanimity yang dilabuhkan di Boustead Cruise Terminal di Port Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia