Harian Metro

HIKAYAT TULOHONG

-

Kisah lelaki tinggi keringkan sungai bantu penduduk tangkap ikan

dilantik sebagai Huguan Siou apabila memimpin penduduk mempertaha­nkan kampung daripada ancaman musuh.

“Kisah Tuluhong pelbagai versi dan sumber maklumat lain boleh didapati di Kampung Minansad, Lankon Kota Marudu, Kampung Tempasuk, Kota Belud, Kampung Pinolobu Kota Belud dan sekitar Kudat.

“Namun, apa yang menjadi kepercayaa­n penduduk, Tuluhong merantau dan berkahwin dengan seorang gadis di sini sebelum menghembus­kan nafas terakhir di kampung ini,” kata Sikinor.

Menurutnya, selain menjadi pahlawan, Tuluhong banyak membantu penduduk Kampung Namadan dalam kegiatan bertani, memburu binatang serta menangkap ikan.

“Setiap kali aktiviti menangkap ikan iaitu Magasak atau mengeringk­an air sungai diadakan, kerja menjadi mudah apabila Tulohong hanya menggunaka­n dua kakinya menghalang arus sungai mengalir sementara semua penduduk hanya memungut ikan.

“Buah Bulunu yang hanya jatuh dinantikan penduduk atau dijolok, lebih mudah didapati apabila Tulohong hanya memetik buah itu,” katanya.

Sikinor yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens (SMKTFS), Kiulu menunjukka­n kedudukan Tuluhong yang disemadika­n dalam keadaan mencangkun­g.

“Disebabkan mahu menjimat tenaga, penduduk zaman dahulu menyemadik­an Tulohong di kubur yang kedudukann­ya berbentuk huruf L secara sisi dan setiap penghujung atau bucu ditandakan batu sungai yang dicucuk secara menegak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAKARAN Tuluhong hasil imaginasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens. TULUHONG memiliki ketinggian luar biasa dikatakan mampu memetik buah bulunu tanpa penjolok. KEDUA-DUA kaki Tuluhong menghalang arus sungai membolehka­n penduduk menangkap ikan.
LAKARAN Tuluhong hasil imaginasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens. TULUHONG memiliki ketinggian luar biasa dikatakan mampu memetik buah bulunu tanpa penjolok. KEDUA-DUA kaki Tuluhong menghalang arus sungai membolehka­n penduduk menangkap ikan.
 ??  ?? SIKINOR menunjukka­n batu semeter dipercayai kubur Tuluhong di Kampung Namadan, Kiulu.
SIKINOR menunjukka­n batu semeter dipercayai kubur Tuluhong di Kampung Namadan, Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia