Harian Metro

SEKELIP MATA JUTAWAN

- Hida yatul Akmal Ahmad Hidayatula­kmal @nstp.com.my

Kontraktor menang cabutan RM1 juta

Seorang kontraktor Kelas F tidak menyangka amalan menyimpan dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak tiga tahun lalu melayakkan­nya menerima ganjaran simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta.

A Z Rabbani Rozali, 33, memenangi Cabutan BSN SSP Julai berkata, dia mengetahui berita itu selepas wakil BSN datang ke rumahnya di Kota Bharu, Kelantan bulan lalu.

“Ini kali pertama saya memenangi pertanding­an yang sangat bermakna dalam hidup saya kerana diumumkan sehari sebelum hari lahir saya.

“Sebelum ini saya menyimpan dalam jumlah yang kecil tetapi saya menjualnya kerana tidak pernah memenangi pertanding­an,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan hadiah kepada pemenang BSN SSP yang diadakan di Wisma BSN di sini, semalam.

Menurut Rabbani, dia berhasrat mahu menambah nilai hidup keluargany­a dan membawa mereka menunaikan ibadah umrah menggunaka­n wang dimenangi.

“Saya ingin membawa 15 ahli keluarga menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Operasi Perbankan BSN, Ahmad Noh Jeni berkata, cabutan istimewa RM1 juta ditawarkan secara berterusan setiap bulan bermula Jun lalu.

“Kini kami mencari jutawan bagi Ogos 2018 atau jutawan merdeka. Penyimpan mempunyai jumlah deposit atau baki minimum

BSN SSP RM3,000 dan ke atas layak menyertai dan disenaraik­an dalam cabutan ini,” katanya.

BSN meraikan dua pemenang Cabutan Istimewa Julai iaitu Norhayati Sarif, 63, yang memenangi kereta BMW 318i dan Nur Fatihah Has-yun Mohd Zainuddin, 15 yang memenangi BSN SSP RM10,000 bagi Cabutan Remaja.

 ??  ?? RABBANI di majlis CABUTAN BSN SSP Ogos 2018 di Wisma BSN, Kuala Lumpur.
RABBANI di majlis CABUTAN BSN SSP Ogos 2018 di Wisma BSN, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia