Harian Metro

Pulang cukai secara kontra

- Tuty Haryanti Ahmad Rodzi cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Kewangan akan membayar kembali baki kredit berjumlah RM16.046 bilion secara kontra kepada pembayar cukai yang membuat lebihan bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam

Negeri (LHDN) sebelum ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, bayaran semula itu akan dilakukan pihak LHDN secara berperingk­at mulai tahun depan seperti kebiasaan dilakukan kerajaan sebelum ini.

“Cuma kita ambil sedikit masa untuk memastikan bahawa peruntukan itu ada bagi kita beri balik kepada pihak dan syarikat yang terbabit.

“Contohnya tahun depan pihak terbabit sudah terlebih bayar cukai sebanyak RM10,000 dan nilai yang perlu dibayar selepas taksiran dibuat LHDN adalah RM11,000 maka dia cuma perlu tambah RM1,000 lagi untuk melengkapk­an bayaran cukai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Misi Kembara Kemanusian siri 43/2018 di Kampung Padang Panjang, Malau di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai baki kredit belum dibayar balik oleh LHDN berjumlah RM16.046 bilion membabitka­n 1,653,786 kes berkaitan syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Menteri Kewangan Lim

Guan Eng yang membuat kenyataan berkenaan sebelum ini dipetik berkata, baki tunggakan yang amat besar itu disebabkan kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Katanya, tunggakan besar bayaran balik baki kredit sehingga melebihi enam tahun itu berlaku berikutan Jawatankua­sa Pengurusan Wang Tunai Kementeria­n Kewangan yang bermesyuar­at secara bulanan tidak memindahka­n peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti dimohon oleh LHDN.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesyaki ada segelintir majikan ‘menjual’ warga asing dipohon untuk diambil sebagai pekerja kepada majikan lain bagi mengaut keuntungan lumayan.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata, walaupun tiada statistik jumlah sebenar majikan terbabit, siasatan mendapati ada majikan memohon terlalu ramai

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia