Harian Metro

KUTIP CEBISAN MAYAT

- Syazwan Msar dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Kesibukan tugas sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghalang Asisten Superinten­dan (ASP)

Ana Mohamed untuk aktif dalam sukan ragbi diminatiny­a sejak kecil.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu berkata, pembabitan dalam sukan ragbi banyak mengajarny­a mengenai aspek disiplin dan kecekalan yang amat berguna sebagai panduan ketika menjalanka­n tugas.

Katanya, meskipun aktif dalam sukan itu dia tidak pernah mengabaika­n tugas sebagai pegawai PDRM dan memberikan komitmen terbaik untuk cemerlang dalam keduadua bidang itu.

Lebih membanggak­an dia juga mewakili PDRM ke perlawanan ragbi peringkat tempatan dan antarabang­sa.

“Kalau ada masa terluang atau bercuti saya akan turun padang dan habiskan masa bermain ragbi bersama rakan.

“Tapi saya tak pernah lupakan tugas kerana ia adalah amanah perlu dilaksanak­an dengan ikhlas.

“Saya berasa puas bila menang perlawanan ragbi, begitu juga bila berjaya menahan penjenayah yang mengancam kesejahter­aan dan keharmonia­n masyarakat,” katanya.

Menceritak­an pengalaman sepanjang berkhidmat bersama PDRM sejak 2002 Ana berkata, dia pada mulanya hanya mahu mencuba nasib.

Namun, lamakelama­an berasa serasi berkhidmat bersama PDRM, meskipun terdedah dengan pelbagai risiko ketika bertugas selain diancam penjenayah.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan sejak berkhidmat bersama PDRM adalah membantu mengutip cebisan mayat mangsa kemalangan jalan raya.

Menurutnya, dia memulakan tugas sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), Johor, kemudian ke cawangan trafik

IPD Batu Pahat, seterusnya diberi kepercayaa­n sebagai

Ketua Balai Polis

Yong Peng, Johor.

Sepanjang tempoh itu katanya dia turut menempuh detik cemas apabila diserang sekumpulan penjenayah ketika mahu menahan mereka yang terbabit dalam kes pecah rumah.

Ketika kejadian, dia yang bertugas di Balai Polis Yong Peng memburu kumpulan penjenayah terbabit yang dikenali sebagai Geng Rantau.

“Memang berasa amat puas kerana kami berjaya menyelesai­kan beberapa kes samun yang dilaporkan sekitar Yong Peng dan daerah lain di Johor ketika itu,” katanya.

 ??  ?? PROFIL
Nama: ASP Ana Mohamed Jawatan: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh
Lahir: 22 November 1978 Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Pendidikan: Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Pencapaian dan Anugerah: Pingat Pahlawan Polis
PROFIL Nama: ASP Ana Mohamed Jawatan: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh Lahir: 22 November 1978 Asal: Rembau, Negeri Sembilan Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Pencapaian dan Anugerah: Pingat Pahlawan Polis
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia