Harian Metro

HARUS MAHIR BANTU

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Bukanlah dikategori­kan sebagai pelajar cemerlang, namun anak muda yang menjana pendapatan dengan menjaga kawasan parkir kereta dan pelayan di hotel antarabang­sa ini berjiwa besar untuk menggengga­m segulung ijazah kedoktoran.

Melihat teman sebaya menjejakka­n kaki ke menara gading meniup semangat Prof Dr Ismail Baba untuk melakukan perkara yang sama. Bertindak di luar kebiasaan dengan bermodalka­n wang simpanan, pada usia 21 tahun, Presiden Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) ini berhijrah ke benua Amerika sebaik menerima peluang pekerjaan di cawangan hotel lima bintang di Kanada.

Meneruskan rutin sebagai pekerja di negara asing, Ismail dipertemuk­an dengan ramai rakyat Malaysia yang melanjutka­n pelajaran di Kanada, lantas memberi idea kepadanya untuk mengambil inisiatif memajukan diri.

Bekerja sambil belajar di Dawson College, Quebec bagi peringkat praunivers­iti selama dua tahun, sebelum melanjutka­n pengajian peringkat ijazah sarjana muda bidang kerja sosial di Universiti McGill, pada 1979.

Pulang ke tanah air, Ismail memulakan perkhidmat­an sebagai pegawai kebajikan perubatan di Pusat Perubatan Universiti

Malaya (PPUM), selain aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO).

“Ketika itu masih tidak ramai pekerja sosial yang berkhidmat kerana kerjaya ini masih baharu di Malaysia. Jadi peluang pekerjaan terbentang luas.

“Saya mendapat banyak pendedahan ketika bertugas di PPUM kerana bidang kerja sosial ini tidak terhad, malah saya pernah berkhidmat di wad kanakkanak, wad obstetrik & ginekologi dan psikososia­l.

“Paling menarik sebagai pekerja sosial, peranan saya seakan-akan kaunselor tetapi ia lebih menyeluruh kerana membabitka­n semua rantaian, bukan pesakit atau pelanggan sahaja.

“Sekitar 1980-an, saya pernah berdepan dengan pesakit kanakkanak khunsa dalam penentuan jantina. Ini bukan keputusan yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dipertimba­ngkan bagi memastikan masa depan anak itu terjamin.

 ??  ?? PEKERJA sosial terlatih dapat membantu masyarakat.
PEKERJA sosial terlatih dapat membantu masyarakat.
 ??  ?? DR Ismail
DR Ismail
 ??  ?? KETIKA bersama Kembara Kebajikan 1Malaysia peringkat Kuala Lumpur.
KETIKA bersama Kembara Kebajikan 1Malaysia peringkat Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia