Harian Metro

MASYARAKAT

-

“Selain itu, saya membantu doktor, jururawat, pakar psikologi, ibu bapa bahkan majikan seandainya perlu demi kesejahter­aan pesakit. Mungkin ada yang salah anggap peranan dilakukan pekerja sosial.

“Pekerja sosial adalah individu berilmu, terlatih dan berkemahir­an dalam membantu masyarakat merangkumi sistem sepenuhnya termasuk pesakit, ahli keluarga dan majikan.

“Malah kita melakukan lawatan ke rumah, mencari penyelesai­an isu dan memberi nasihat rundingan tetapi keputusan terletak sepenuhnya di tangan individu berkenaan.

“Bidang kerja sosial ini membantu saya memahami masalah masyarakat secara keseluruha­n, tidak sekadar melihat dari satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada 1979, Ismail terpilih untuk mendapat tajaan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Columbia,

New York dan kembali bergelar pensyarah dan dekan di Pusat Sains Kemasyarak­atan, USM.

Tertarik dan fokus pada isu AIDS dan HIV, Ismail mengasaska­n NGO Community AIDS Service Penang (CASP) pada 1989, seterusnya mengetuai AIDS Action Research Group (AARG) bawah USM yang membuat penyelidik­an berkaitan isu psikososia­l mengenai HIV.

“Ketika itu, pendedahan dan kefahaman mengenai AIDS sangat kurang dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang terjebak dengan seks rambang. Ini mengakibat­kan bilangan kes buang bayi meningkat, sekurang-kurangnya 50 kes sehari.

“Tidak dinafikan dulu pendidikan seks disifatkan ‘taboo’ dalam masyarakat kita terutama Melayu, sekali gus membuatkan generasi muda tidak tahu dan memahami mengenai seks selamat.

“Dulu, sukar untuk aktivis berkongsi ilmu mengenai pendidikan seks bersama pelajar sekolah tetapi kini, pihak sekolah lebih terbuka bagi mengekang masalah sosial lain yang timbul akibat isu ini,” katanya.

Menerusi AARG juga, inisiatif program pertukaran jarum suntikan (NSEP) dalam kalangan penagih dadah diperkenal­kan dengan kerjasama kerajaan. Selain itu, CASP berperanan menyelaras­kan

 ??  ?? MENANDATAN­GANI memorandum persefaham­an (MoU) bersama Persatuan Pekerja Sosial Iran.
MENANDATAN­GANI memorandum persefaham­an (MoU) bersama Persatuan Pekerja Sosial Iran.
 ??  ?? BERKONGSI kemahiran di sebuah universiti di Indonesia.
BERKONGSI kemahiran di sebuah universiti di Indonesia.
 ??  ?? AKTIF turun padang.
AKTIF turun padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia