Harian Metro

Mahu melangkah lebih jauh

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Walaupun single Terlepas Cinta yang dilancarka­n tahun lalu gagal menyerlahk­an nama Fatin Husna, kekecewaan itu terbalas menerusi single duet bersama Khai Bahar iaitu Rahsia Kita.

Menerusi lagu itu, siapa sangka tuah berpihak pada Fatin, 23, atau nama sebenarnya Fatin Husna Ibrahim apabila dia kian dikenali dan mulai mengumpul peminat sendiri.

Pada masa sama,

Fatin mengakui dan akur sekiranya apa dilalui sekarang adalah tempias daripada populariti Khai Bahar selaku rakan duetnya.

“Selepas lebih setahun berada dalam industri muzik, baru sekarang saya merasai populariti. Walaupun ramai yang mulai mengenali saya disebabkan Khai Bahar, itu hakikat yang perlu diterima.

“Tidak dinafikan ramai beranggapa­n saya berjaya kerana menumpang populariti Khai Bahar. Saya okey saja jika ada yang bercakap begitu kerana ia pandangan masing-masing. Cuma, saya melihat kejayaan ini adalah kerja berpasukan.

“Saya bertuah bukan saja dapat berduet dengan Khai Bahar, juga mendapat lagu yang sedap. Ditambah pula paduan vokal kami kena dengan lagu ini.

“Saya percaya jika lagu tidak bagus mungkin saya tidak dapat apa yang saya peroleh sekarang. Pendek kata, banyak faktor membantu,” katanya.

Fatin yang kini berulangal­ik dari Seremban ke Kuala Lumpur berkata, disebabkan lagu itu juga peminat mula mendengar semula single pertamanya.

Ketika ia dilancarka­n, lagu itu kurang mendapat sambutan. Ia berbeza dengan

Fatin akur apa yang

dilalui sekarang

tempias populariti Khai Bahar selaku rakan

duetnya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia