Harian Metro

BERI KOMITMEN TINGGI

Saharul komited jayakan karakter 100 peratus seperti diminta pengarah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Menjadi pelakon memerlukan komitmen tinggi bukan saja dari segi masa bahkan beberapa perkara lain yang mungkin sukar diterima sesetengah orang.

Bagi pelakon serba boleh Saharul Ridzwan, dia memberikan 100 peratus komitmen terhadap apa sahaja diminta pengarah untuk menjayakan karakter yang diberikan.

Terbaru, dia menurunkan berat badan demi memenuhi watak.

Jika sebelum ini badannya tegap berotot, kini tidak lagi apabila tampil kurus.

“Kebanyakan drama dan telefilem yang saya terima sejak Ramadan lalu hingga hujung tahun ini memerlukan saya kurus.

“Jadi sebagai pelakon saya kena turunkan berat badan seperti ditetapkan,” katanya.

Menurut Saharul, apa yang dilakukan itu menunjukka­n kemampuann­ya sebagai pelakon versatil.

“Sebagai pelakon, kita tak boleh hadkan kemampuan dalam menjayakan sesuatu watak. Inilah sebahagian cabaran dalam kerjaya ini.

“Kalau pengarah atau penerbit minta saya tampil berbeza dengan penampilan di luar kamera, tak menjadi masalah. Saya bersedia melakukann­ya,” katanya.

Ditanya sama ada dia berdepan kesukaran dalam mendapatka­n bentuk badan seperti yang dimahukan pengarah, Saharul berkata ia tidaklah terlalu sukar.

“Saya perlu kuatkan mental untuk bertahan. Sebelum ini, saya kerap ke gimnasium. Jadi, untuk menurunkan berat badan, saya kurangnya aktiviti

kecergasan.

“Selain itu, saya juga menitikber­atkan pemakanan. Saya sedia maklum mengenai metabolism­a badan saya, jadi saya tahu makanan apa yang sesuai untuk susut dengan cepat,” katanya.

Saharul bagaimanap­un mendapatka­n nasihat daripada doktor untuk memastikan proses yang dilakukan itu mengikut cara yang betul.

“Saya juga terima nasihat doktor. Bukan apa, saya tak mahu timbul sebarang masalah kepada tubuh saya.

“Jadi, tak ada kesan sampingan kerana saya mengikut kaedah yang betul,” katanya.

Saharul berkata, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram.

Selain itu, dia perlu mengekalka­n bentuk badan itu sehingga hujung tahun ini bagi memastikan watak dalam beberapa drama serta telefilem tidak lari.

“Sejak Ramadan lalu, saya sudah turunkan berat badan untuk berlakon dalam drama bersiri Terlanjur Mencintaim­u 2.

“Dalam drama itu, saya memegang peranan sebagai pesakit autistik.

“Kemudian, saya sambung penggambar­an telefilem Sahur Terakhir sebagai penagih dadah.

“Selepas dua naskhah untuk RTM, saya menjalani penggambar­an drama Mawar Murni yang mengisi slot Samarinda TV3 dan selepas ini akan masuk ke set drama 60 episod untuk stesen TV berbayar,” katanya.

Dia bersyukur kerana kembara seninya semakin rancak walaupun setiap hari ada sahaja wajah baru memeriahka­n industri.

Sebagai pelakon, kita tak boleh hadkan kemampuan dalam menjayakan sesuatu watak. Inilah sebahagian cabaran dalam kerjaya ini

SAHARUL

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia