Harian Metro

MALAYSIA UMPAMA ‘SYURGA’

Dr Ismael sudah lali dengan runtuhan, bunyi bom akibat kekejaman Israel

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Pensyarah berasal dari Gaza, Dr Ismael Yunos berkata, pertama kali dia melihat air terjun di Malaysia, dia melakukan sujud syukur kerana tidak menyangka selama ini pemandanga­n sering dilihat pada dinding atau lukisan terbentang di depan mata.

Dia yang berasal dari Tebing Barat sudah lali dengan pemandanga­n runtuhan serta kesan tembakan bangunan akibat kekejaman

Israel, menganggap pengalaman menyaksika­n pemandanga­n di lokasi air terjun seperti berada dalam syurga.

Malah katanya, lapan tahun mengenali Malaysia, rasa kasihnya pada negara ini sebagai tempatnya merantau tiada beza dengan sayangnya pada negara sendiri.

Bolehkah ceritakan kedatangan awal ke Malaysia?

Sebenarnya kedatangan saya ke Malaysia ini sudah termaktub sebagai 'jodoh' yang dirancang Allah. Saya sudah lama tahu mengenai Malaysia.

Malah buku sekolah di negara saya menceritak­an keakraban Malaysia dan Palestin.

Justeru sebaik terima tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan pada 2005, saya amat bersyukur.

Selama berada di Malaysia, saya bertemu jodoh orang tempatan. Kami pulang ke Gaza selama empat tahun dan sekali lagi saya kembali ke tanah bertuah ini apabila menerima tawaran daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengajar di sini.

Perasaanny­a seperti kembali ke tanah air sendiri juga, rindunya tetap sama. Kalau di Palestin saya rindukan Malaysia, kalau di Malaysia rasa rindu pada tanah kelahiran saya.

Apa pandangan anda mengenai Malaysia?

'Syurga'. Pemandanga­n indah yang saya lihat pada lukisan, foto dan gambar semuanya ada di sini. Jadi saya tidak terbayang tempat lain lebih indah daripada negara ini.

Lebih dekat di hati saya adalah pendudukny­a.

Malaysia antara negara contoh terbaik mengenai Islam yang menghimpun­kan pelbagai bangsa, agama dan budaya. Tidak timbul langsung perasaan takut atau terganggu belajar di sini dan bergaul dengan ramai rakan berlainan bangsa.

Apakah makanan kegemaran anda?

Nasi kandar dan apa saja makanan tempatan. Saya sanggup mencuba makanan pedas kerana saya sudah separa Melayu dan Arab.

Pernahkah anda mencuba buah eksotik tempatan?

Sudah tentu.

Kali pertama tidak menyukainy­a, kali kedua pun begitu tetapi makin lama saya jadi suka.

Itu yang menariknya mengenai durian.

Apakah destinasi kegemaran anda?

Cameron Highlands kerana dia mengingatk­an saya pada kampung halaman. Cameron Highlands mempunyai strawberi dan di tempat asal, Beit-Lahia di Utara Palestin mengeluark­an buah strawberi terbaik. Kalau saya rindukan kampung, saya akan berkunjung ke tanah tinggi bersama rakan.

Pernahkah ahli keluarga anda berkunjung ke sini?

Hanya abang dan keluarga kerana sekarang mereka menetap di Sweden. Sebenarnya untuk kami masuk atau keluar dari negara sendiri sangat susah.

Hanya satu pintu dibuka iaitu Rafah di sempadan Mesir. Kalau sudah masuk, tidak tahu bila masanya boleh keluar. Boleh jadi kalau sudah pulang ke kampung, susah hendak kembali ke Malaysia.

Ketika kami pulang ke kampung beberapa tahun lalu, rancangan asalnya hanya untuk seketika. Tidak sangka 'tersangkut' menyebabka­n isteri berpeluang menetap di Gaza selama empat tahun. Saya bertuah kerana dia wanita yang kuat.

Apakah kelebihan Malaysia pada mata anda?

Anda mempunyai pemimpin hebat selain rakyatnya bijak. Contohnya Tun Dr Mahathir yang mempunyai legasi pentadbira­n yang panjang dan sangat disanjungi pemimpin Arab.

Tentu saja saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada entiti dalam negara ini. Saya fikir negara ini cukup hebat sebagai persekitar­an untuk membesarka­n anak. Jika dididik dengan betul, anakanak di sini berpotensi menjadi pemimpin masa depan menerusi contoh pemimpin di sini.

 ??  ??
 ?? FOTO HAZREEN MOHAMAD ?? MALAYSIA ibarat 'syurga'.
FOTO HAZREEN MOHAMAD MALAYSIA ibarat 'syurga'.
 ??  ?? KELUARGA bahagia Dr Ismael.
KELUARGA bahagia Dr Ismael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia