Harian Metro

Trek rentas desa olimpik

-

Dilengkapi hampir 75 peratus trek ‘single’, litar ini diserikan halangan semula jadi seperti akar kayu, laluan berair dan batuan sekali gus memaksa peserta menonjolka­n kemahiran dalam mengendali­kan jentera masing-masing.

Lari daripada kelaziman trek MTB dan XCO seperti di ladang kelapa sawit atau laluan zig zag di kawasan terbuka, litar perlumbaan buatan sendiri Temerloh MTB Challenge ini mempunyai jarak sejauh 4.3 kilometer bagi setiap pusingan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Berbasikal

Daerah Temerloh, Zamri Ramli berkata, penganjura­n kali pertama dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh mengambil masa lebih sebulan bagi menyiapkan laluan denai sepanjang tiga kilometer (km).

“Sebenarnya laluan denai ini adalah kawasan belukar berhampira­n Taman Awam Kubang Gajah dan Taman Bandar Temerloh, malah ia dijadikan lokasi kali pertama diadakan perlumbaan.

“Kami memerlukan masa agak panjang untuk menyiapkan trek denai berkenaan, manakala baki 1.3km pula membabitka­n laluan di tengah bandar.

“Pembinaan trek dilakukan selepas menerima kebenaran daripada Majlis Perbandara­n Temerloh dan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

“Selain itu, litar ini juga akan dimanfaatk­an selagi tiada rancangan pembanguna­n akan datang.

“Setiap kategori, pelumba perlu menamatkan jarak kayuhan ditetapkan antara tiga hingga enam pusingan,” katanya.

Penganjura­n perlumbaan MTB kali ini berjaya menarik perhatian ramai penggemar sukan berbasikal di seluruh negara termasuk pelumba kebangsaan Mohd

Fauzan Ahmad Lutfi dan Masziyaton Mohd Radzi.

Berkongsi aspek keselamata­n, Zamri berkata, penganjura­n acara lasak ini mendapat kelulusan Pesuruhjay­a Sukan dan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia malah setiap peserta turut dilindungi insurans.

Bagi memastikan keselamata­n di trek pula, laluan yang dibina diperiksa oleh pegawai bertauliah malah pelumba juga dibenarkan mencuba trek sebelum berlangsun­gnya kejohanan berkenaan.

“Kami memilih menganjurk­an perlumbaan MTB kerana ia jarang diadakan menggunaka­n konsep pertanding­an jika dibandingk­an acara kayuhan ceria mahupun jambori.

“Selain itu, sukan MTB juga lebih menarik untuk ditonton, dalam masa sama, kita merebut peluang ini untuk mempromosi­kan kempen kayuhan basikal untuk semua,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia