Harian Metro

TAMPIL RANGGI

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Pengedar dan pemasang kenderaan jenama Isuzu tempatan, Isuzu Malaysia Sdn Bhd, melancarka­n edisi keenam pikap D-Max X-Series bercirikan Urban Sport.

Antara kelainan ditonjolka­n adalah skirting hadapan dwi-warna gabungan merah dan hadir bersama Aero Sport Bar untuk gaya metropolit­an.

Bagi membezakan­nya dengan model pikap standard lain, X-Series didatangka­n bersama logo Isuzu berwarna merah dan gril bampar hadapan kelabu untuk sentuhan sporty, juga logo X-Series pada pintu belakang dan sisi.

Pelekat badan reka bentuk jalur sporty ditambah pada bahagian bonet dan pintu kargo belakang serta cermin hadapan untuk menyerlahk­an ciri gaya prestasi.

Varian terbaru ini turut hadir bersama lampu aluan yang menjadi ciri standard dan menyala apabila kunci kereta dibuka dengan lampu

Isuzu D-Max X-Series gaya pikap urban sport

sorot putih diaktifkan serta diunjurkan ke tanah selama 30 saat.

Bahagian ruang dalaman diberi sentuhan terkini dengan menawarkan aksesori Paparan Pemandanga­n Sekeliling (AVM) sistem 360 darjah untuk memudahkan pemandu memastikan kawasan sekitar selamat terutama ketika mengundur atau meletak kenderaan.

Slot tag elektronik binaan membolehka­n kad Touch N Go digunakan tanpa perlu memasang peranti tambahan seperti Smart Tag.

Tempat duduk kulit dengan jahitan bentuk sarang lebah berwarna merah menyerlahk­an ciri sporty dan skrin sesentuh lapan inci untuk sistem hiburan dan maklumat yang berfungsi sebagai Sistem Kedudukan Global (GPS) dan ketersambu­ngan telefon pintar untuk kemudahan perjalanan.

Selain itu, antara perubahan lain X-Series, lampu LED dalaman berwarna merah dan pencahayaa­n LED yang menyala ketika pintu dibuka atau dikunci.

Untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max X-Series hanya dikeluarka­n 210 unit (90 varian 2.5L dan 120 varian 3.0L).

Kedua-dua varian dijual pada harga RM118,000 dan RM124,000 tanpa insurans dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

 ??  ?? ISUZU D-Max X-Series.
ISUZU D-Max X-Series.
 ??  ?? PINTU gunting menambah ciri premium. JALUR pelekat tampil sporty.
PINTU gunting menambah ciri premium. JALUR pelekat tampil sporty.
 ??  ?? RUANG dalaman bergaya.
RUANG dalaman bergaya.
 ??  ?? TAG elektronik binaan dalam.
TAG elektronik binaan dalam.
 ??  ?? PAPARAN Pemandanga­n Sekeliling (AVM).
PAPARAN Pemandanga­n Sekeliling (AVM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia