Harian Metro

MEWAH BERKUASA

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Selesa ketika di dalam bandar serta berprestas­i di lebuh raya menjadi ciri utama Mercedes-AMG C43 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Sport Mercedes

AMG GLC 43 Sport yang dibawakan Mercedes-Benz Malaysia (MBM).

Bagi merasai pengalaman sebenar pemanduan, MBM menganjurk­an sesi pandu uji bersama media ke Genting Highlands, barubaru ini.

Model siri 43 dilancarka­n untuk pasaran tempatan sempena ulang tahun ke-50 segmen prestasi itu yang kekal menawarkan ciri pemanduan dinamik.

Ia bukan sahaja lebih sporty, malah sesuai sebagai kenderaan harian dengan perincian rekaan luaran karakter AMG menyerlahk­an penampilan yang bergaya.

Penulis memulakan pemanduan dari ibu pejabat MBM di Puchong dengan Mercedes-AMG C43 4Matic dikuasakan enjin enam silinder (V6) 3.0L Biturbo yang menghasilk­an 367 hp kuasa kuda (hp) pada 5,500 hingga 6,000 rpm.

Daya kilas 520Nm pada 2,000 hingga 4,200 rpm memberikan prestasi terbaik terutama ketika melewati laluan berbukit dan mendaki puncak pusat peranginan itu tanpa sebarang kekurangan kuasa.

Malah, melayan selekoh pada kelajuan tinggi kekal stabil manakala transmisi 9G-Tronic talaan AMG memastikan tukaran gear

Teknologi perlumbaan

untuk pemanduan

jalanan

menjadi lancar dan jentera bergerak lancar.

Selepas menikmati makan tengah hari di Genting Highlands, penulis menguji pula Mercedes AMG GLC 43 dalam perjalanan pulang ke Puchong.

Model SUV ini tidak sahaja menawarkan keselesaan semata-mata, karakterny­a seakan-akan jentera sport bersama ruang dalaman fleksibel.

Rekaan luaran tampil bergaya dengan bampar, gril bentuk berlian, jeriji radiator bersadur krom dan warna hitam dipadankan dengan logo AMG serta empat lubang ekzos untuk gaya prestasi.

Model SUV ini menggunaka­n enjin sama dengan C43 dengan kuasa kuda dan tork yang sama kecuali dibezakan pada rpm (2,500 hingga 4,500 ) serta keupayaan memecut dari kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh

4.9 saat.

Menuruni laluan berliku tetapi masih mengekalka­n kestabilan dan cengkaman baik pada kelajuan tinggi.

Suspensi Sports AMG dan gandar hadapan baru Elastokine­matics beroperasi dengan baik bagi ketepatan kawalan.

Untuk pasaran tempatan, Mercedes-AMG C 43 dijual pada harga RM385,883 dan Mercedes-AMG GLC 43 berharga RM442,486, kedua-duanya tanpa insurans.

 ??  ?? GLC 43 berkarakte­r prestasi.
GLC 43 berkarakte­r prestasi.
 ??  ?? MEDIA yang menyertai pemanduan.
MEDIA yang menyertai pemanduan.
 ??  ?? GAYA sporty dengan ekzos berkembar.
GAYA sporty dengan ekzos berkembar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia