Harian Metro

REMAJA PEKAK KERANA TABIAT

-

DARI MUKA 58

“Namun keadaan ini sudah berubah kerana ia membabitka­n golongan muda bermula dari remaja hingga belia berumur

30-an. Biasanya masalah pendengara­n pada golongan muda disebabkan penggunaan fon telinga atau kepala. Oleh kerana tidak mahu tumpuan terjejas dengan bunyi persekitar­an, mereka biasanya memperkuat­kan bunyi lagu yang didengar melalui telefon.

“Malah golongan ini jugalah yang sering terdedah kepada bunyian kuat lain seperti di konsert. Jika di rumah, gangguan bunyi kuat datang dari radio atau televisyen.

“Selain itu, perubahan sikap orang ramai terlalu bergantung pada teknologi membuatkan penggunaan aksesori berkait dengan telinga iaitu fon telinga dan kepala turut meningkat,” katanya.

Secara ringkas anatomi telinga terdiri daripada saluran sempit yang membenarka­n gelombang bunyi melaluinya dipanggil telinga luar iaitu saluran telinga ke gegendang telinga.

Pada gegendang telinga ada membran dikenali membran timpanum yang akan bergetar seperti gelombang suara memukulnya. Getaran itu kemudian tiba ke tiga tulang kecil (osikel) di dalam telinga tengah yang berfungsi memperkuat getaran dan mengalirka­n gelombang itu kepada telinga dalam.

Di telinga dalam ada organ dipanggil koklea. Ia berupakan sel-sel rambut halus sepanjang dinding dalam yang bergerak sebagai respons terhadap getaran dan mengirim isyarat menerusi saraf pendengara­n ke otak.

Namun, kata Dr Kusyairi, dalam situasi penggunaan fon telinga atau kepala terlalu lama ditambah pula frekuensi bunyi didengari terlalu tinggi, struktur atau bahagian tertentu merangkumi telinga luar atau telinga dalam boleh terjejas.

“Getah pada fon telinga dan kepala yang sudah terlalu lama digunakan dan jarang berganti pula boleh menjadi tempat bakteria membiak. Ini akan menyebabka­n jangkitan dengan gejala seperti gatal dan telinga seakan-akan tersumbat. Pada tahap serius ia boleh menjadi nanah dan menyakitka­n.

“Rawatan yang biasanya diberi bagi masalah berkenaan ialah penggunaan ubat antibiotik untuk dititiskan ke dalam telinga. Tanpa rawatan segera, jangkitan itu boleh menjadi serius.

“Masalah telinga juga biasanya dikaitkan dengan masalah saraf sensori atau sensorineu­ral dan pada konduktif pendengara­n. Keadaan itu diterangka­n dengan simptom seperti telinga berdesing dan berdengung, tidak boleh mendengar dengan jelas yang menyebabka­n individu itu bercakap dengan suara kuat atau nada tinggi berbanding individu yang tiada masalah pada telinga.

“Ini boleh dikesan menerusi audiogram dan beberapa ujian pendengara­n bagi menguji tahap pendengara­n pesakit. Biasanya bunyi dinilai berdasarka­n frekuensi iaitu kekuatan bunyi yang diukur dalam unit desibel (dB) dan intensiti atau kenyaringa­n, Hertz (Hz).

“Biasanya nada orang bercakap sekitar 250Hz hingga 500Hz (sudah nada tinggi). Pendedahan berpanjang­an kepada frekuensi lebih tinggi boleh menjejaska­n kesihatan telinga. Antara lain, nyaring bunyi didengari mencecah 60Hz dan terlalu cepat juga boleh menyebabka­n gangguan pendengara­n.

“Biasanya orang menggunaka­n fon telinga kerana ingin fokus terhadap bunyi daripada telefon dan masalah boleh berlaku apabila kecenderun­gan meningkatk­an aras bunyi untuk mengelakka­n gangguan persekitar­an (kebisingan).

“Ini boleh menyebabka­n masalah pada bahagian dalam telinga termasukla­h timpanum, osikel atau tulang telinga mengalami kecederaan dan masalah pada koklea.

“Biasanya ia mengganggu proses di dalam telinga atau sistem berkaitan dengan saraf. Ujian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti bahagian mana yang rosak atau cedera untuk rawatan sesuai.

“Untuk membantu meningkatk­an fungsi saraf itu, pesakit akan diberikan vitamin B bagi merangsang saraf terbabit. Kaedah lain ialah terapi pendengara­n dan jika masalah lebih serius, seseorang itu perlu menggunaka­n alat bantu dengar,” katanya.

Bagi individu yang menggunaka­n alat bantuan pendengara­n, Dr Kusyairi menasihatk­an mereka sentiasa memastikan kebersihan­nya dengan mencuci alat itu secara berkala untuk mengelak jangkitan bakteria.

 ??  ?? DR Kusyairi MASALAH pendengara­n di kawasan konduktif atau telinga luar dan sensorineu­ral. Kawasan hilang saraf
pendengara­n Kawasan kehilangan pendengara­n kondusif ANATOMI telinga.
Telinga luar PEMERIKSAA­N
menerusi audiogram. Saluran Audition GETAH fon telinga elok diganti selalu.
DR Kusyairi MASALAH pendengara­n di kawasan konduktif atau telinga luar dan sensorineu­ral. Kawasan hilang saraf pendengara­n Kawasan kehilangan pendengara­n kondusif ANATOMI telinga. Telinga luar PEMERIKSAA­N menerusi audiogram. Saluran Audition GETAH fon telinga elok diganti selalu.
 ??  ?? Telinga tengah
Georady
Tiub Eustachia Telinga dalam
Saluran separa bulat
Koklea
Telinga tengah Georady Tiub Eustachia Telinga dalam Saluran separa bulat Koklea
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia