Harian Metro

LEPTOSPIRO­SIS RISIKO BERKELAH

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Banyak lokasi rekreasi popular menjadi habitat haiwan vektor penyakit kencing tikus

Musim percutian adalah waktu keriangan buat seisi keluarga yang biasanya diisi dengan mengunjung­i destinasi beriadah seperti hutan rekreasi air terjun apatah lagi dalam cuaca panas seperti sekarang.

Apabila berkelah, sudah semestinya membawa bekalan. Malangnya, ramai yang meninggalk­an bungkusan dan sisa makanan di tapak perkelahan, sedangkan ia seharusnya dibawa keluar supaya lokasi tumpuan itu sentiasa bersih.

Sikap kurang bertanggun­gjawab inilah yang mengundang haiwan perosak seperti tikus dan kehadirann­ya itu boleh menjejaska­n kesihatan pengunjung. Ya, di sebalik keindahan taman rekreasi seperti lata air terjun dan aliran sungai jernih, kita terdedah kepada risiko jangkitan penyakit leptospiro­sis atau kencing tikus.

Satu perkara yang perlu diketahui ialah bakteria Leptospira interrogan­s adalah organisma mikro yang mempunyai ‘daya juang’ tinggi kerana boleh hidup di air, tanah dan lumpur. Malah ia boleh hidup beberapa bulan lamanya di kawasan tercemar.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Hospital Pakar

KPJ Selangor, Dr Siti Sarah Wahidah Wahid, tempat kotor dan dipenuhi sampah (termasukla­h longgokan sampah haram dan tidak teratur) biasa menarik perhatian haiwan vektor seperti tikus untuk membuat penempatan sekali gus menyebarka­n bakteria terbabit.

“Bakteria Leptospira interrogan­s akan menjangkit­i haiwan dan hidup di dalam buah pinggangny­a. Lalu dikeluarka­n melalui air kencing haiwan yang kemudianny­a mencemarka­n tanah dan air di persekitar­an.

“Apabila manusia terdedah kepada air dan tanah yang tercemar menerusi luka terbuka atau mukosa hidung, mulut dan mata, mereka berpotensi dijangkiti penyakit terbabit.

“Di Malaysia, haiwan yang sering dikaitkan dengan penyakit leptospiro­sis ialah tikus.

Oleh sebab itu, penyakit leptospiro­sis dikenal sebagai penyakit kencing tikus.

“Kalau di pusat rekreasi, kemungkina­n penyakit itu dijangkiti akibat bawaan aliran selepas hujan yang melalui tempat sampah yang juga menjadi habitat cencorot atau tikus hutan.

“Begitu juga halnya risiko kawasan yang mengalami banjir, biasanya kawasan saliran seperti longkang sering menjadi tempat tinggal tikus,” katanya.

GEJALA PERLU DIPERHATIK­AN

Individu yang menghidap leptospiro­sis boleh mengalami gangguan kesihatan selama beberapa hari yang mungkin berlanjuta­n ke minggu atau lebih lama. Tanpa rawatan, proses pemulihan mungkin memakan masa hingga beberapa bulan.

Seseorang yang terdedah kepada persekitar­an tercemar boleh mengalami masalah kesihatan dalam tempoh dua hari hingga empat minggu. Gangguan kesihatan ini biasanya bermula secara tiba-tiba dengan demam dan diikuti gejala lain.

Menurut Dr Siti, leptospiro­sis terbahagi kepada dua fasa. Bagi fasa pertama, gejala yang dialami adalah lebih ringan tetapi inilah waktu yang penting untuk mendapatka­n rawatan supaya jangkitan tidak beralih ke fasa kedua.

LANGKAH PENCEGAHAN Rawatan yang diberi biasanya antibiotik sama ada dalam bentuk oral atau intravena (suntikan). Namun, pencegahan tetap alternatif yang jauh lebih baik. Usaha yang boleh dilakukan termasuk;

Persekitar­an bersih dan terjaga

Selenggara­an sampah dengan teratur

Buang sampah ke dalam tong tertutup

Sisih sampah ikut jenis iaitu kertas, kaca, aluminium, sampah umum dan lain-lain

Buat tempat pelupusan sampah jauh dari komuniti manusia.

Pertingkat­kan penjagaan kebersihan diri iaitu tabiat membasuh tangan dan kaki selepas menguruska­n sampah.

Hindari sentuhan dengan haiwan terbiar seperti anjing, kucing dan sebagainya.

Secara umum pesakit tidak perlu kuarantin. Hanya pesakit perlu menjaga kebersihan diri disebabkan bakteria itu akan dikeluarka­n melalui air kencing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia