Harian Metro

SAKIT BILA DUDUK, BANGUN

-

Artritis sendi pinggul ekoran proses penuaan kerap

menimpa wanita berumur 40 tahun ke atas

gejala sakit ini menyerupai penyakit cakera tergelinci­r atau teranjak. Saya juga mula rasa kebas di kaki kanan terutama apabila duduk. Malah kebelakang­an ini kaki kanan mulai lemah dan langkah berjalan juga tidak stabil.

Ketika zaman bersekolah, saya aktif bersukan dan kerap jatuh terduduk tetapi tidak pernah ada kecederaan serius.

Saya ada terbaca dalam FB yang Dr Nizar boleh merawat sakit kronik dengan rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF). Bolehkah saya dirawat dengan kaedah ini?

Kalau anda mengalami sakit di bahagian pinggul sebelah kanan atau kiri, besar kemungkina­n anda mengalami sakit sendi pinggul atau sakroillit­is.

Penyakit artritis pada sendi pinggul disebabkan oleh proses penuaan seperti yang berlaku terhadap sendi lutut dan sendi faset. Penyakit ini kerap menimpa wanita yang berumur 40 tahun ke atas kerana proses penuaan dan ketidaksta­bilan hormon.

Sendi ini cetek dan disokong enam jenis ligamen untuk menstabilk­annya. Apabila sudah berumur, gangguan hormon wanita membuatkan ligamen ini kendur lalu menyebabka­n banyak pergerakan dan geseran pada sendi pinggul terbabit.

Selain itu, fungsi wanita sebagai isteri dan ibu banyak dikaitkan dengan penggunaan sendi ping gul yang lasak. Semua ini menjuruska­n kepada proses ‘guna dan rosak’ seiring dengan proses penuaan.

Lelaki jarang menghidap sakroiliti­s melainkan kecederaan secara langsung seperti jatuh terduduk atau kanser prostat metastatik.

Antara ciri penyakit artritis sendi pinggul ini ialah pesakit mengalami kebas atau sakit saraf turun ke kaki.

Gejala sakit saraf yang turun ke kaki (siatika) mirip sakit cakera tergelinci­r bahagian lumbar.

Ini disebabkan masalah sampingan yang mana otot piriformis dalam punggung menjadi kejang, sakit dan menekan saraf siatika dalam punggung.

Kesan daripada itu pesakit akan mengala mi sakit saraf atau kebas sepanjang kaki dan rasa sakit di punggung mahupun kaki akan lebih teruk dalam posisi duduk.

Berbeza dengan cakera tergelinci­r atau teranjak, sakit pada kaki akan lebih teruk ketika berjalan. Oleh itu imbasan MRI perlu dilakukan bagi memastikan tiada masalah cakera tergelicir.

Sakit sendi pinggul kronik akan menyebabka­n otototot pinggul seperti gluteus medius dan glutes minimus menjadi lemah, kecut dan kendur. Impak keadaan ini, individu terbabit nampak tidak stabil apabila berjalan kerana fungsi otototot ini sebagai sokongan kepada sendi paha mula terjejas.

Rawatan sakit artritis sendi pinggul perlu dilakukan secara konser vatif iaitu rawatan tanpa pembedahan. Bermula dengan makan ubat tahan sakit yang multimodal, fisioterap­i, terapi haba dan serta suntikan radiofreku­ensi (RF).

Suntikan RF ketika ini kawalan kesakitan paling efektif selepas kaedah konservati­f yang lain gagal mengawal kesakitan itu. Jika pada masa yang sama juga mengalami sindrom piriformis, suntikan ubat bius dalam otot piriformis boleh mengatasi masalah itu .

Semua kaedah suntikan ini boleh dilakukan dengan tepat dan selamat kerana dilakukan bawah kawalan sinarX. Selain itu fisioterap­i dan senaman regangan penting dilakukan untuk menguatkan semula otototot gluteus yang lemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia