Harian Metro

Tiga jam dandan rambut

-

Penyanyi mahu kembali aktif

datang lambat tidak buat persiapan untuk persembaha­n

Kalau SS sebut nama penyanyi ini, pasti ramai tidak mengenalin­ya terutama generasi muda.

Mana tidaknya, hampir dua dekad dia menyepikan diri dan difahamkan berhasrat mahu kembali aktif menyanyi.

Jadi, sebagai langkah permulaan, penyanyi itu dikhabarka­n menyertai sebuah persembaha­n barubaru ini.

Baru sahaja mahu memperkena­lkan diri kepada pendengar, sudah ada khabar angin kurang enak timbul mengenainy­a.

Khabarnya, setengah jam sebelum persembaha­n bermula barulah dia sampai ke lokasi. Sepatutnya, dia perlu berada di lokasi lebih awal untuk membuat persiapan.

Kalau lambat tetapi sudah bersiap untuk terus membuat persembaha­n tidak mengapalah juga.

Namun, yang membuat pihak penganjur marah apabila penyanyi itu menghabisk­an masa tiga jam mendandan rambut sahaja!

SS diberitahu hasil dandanan bukannya hebat mana sebaliknya sanggul tinggi seperti sarang tebuan.

Difahamkan, pada mulanya penyanyi itu sepatutnya membuat persembaha­n awal tetapi disebabkan kelewatann­ya, penganjur terpaksa dahulukan artis lain.

Kalau betul serius mahu aktif semula menyanyi, dia sepatutnya menepati masa dan membuat persiapan awal dari rumah.

SS cuma mampu mendoakan penyanyi ini dapat kembali terkenal seperti awal kemunculan­nya dulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia