Harian Metro

Semoga sasaran 7 emas berjaya

-

Jangan pandang rendah atlet kita yang berjuang habis-habisan buat negara

ini Adik ambil peluang mengucapka­n selamat maju jaya buat atlet negara yang kini bertarung untuk Sukan Asia JakartaPal­embang.

Apa yang menarik, edisi temasya ke-18 disertai atlet dari 44 negara Asia dan bertemakan ‘Energy Of Asia’ itu berlangsun­g di Jakarta serta Palembang akan berakhir 2 September ini.

Ia menyajikan 465 acara daripada keseluruha­n 40 jenis sukan. Setakat hari Rabu, Adik difahamkan Malaysia merangkul empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Ayuh kita doakan semoga atlet kita terus berjaya dan membawa pulang sebanyak mungkin emas buat negara.

Kita doakan sasaran tujuh emas yang dijangka buat kontinjen negara menjadi kenyataan.

Kalau kita tambah usaha lagi, insya-Allah boleh tambah pingat lagi. Dapat lebih daripada itu lagi seronok. Empat tahun lalu, Malaysia meraih lima emas di Incheon, Korea Selatan.

Meskipun Malaysia menduduki carta bawah, jangan sekali-kali kita pandang rendah atau memulaukan atlet kerana mereka berjuang habishabis­an buat negara.

Ayuh salurkan semangat dan terus berdoa buat atlet negara yang dicintai. Semoga terus sukses dan berjaya meraih mata untuk negara.

Sementara itu, Adik juga mahu merakamkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang memberikan maklum balas positif terhadap persembaha­n

Adik dan Ariff Bahran minggu lalu. Alhamdulil­lah, daripada tiga tercorot Ariff Bahran terus naik ke tangga tiga teratas atas usaha semua. Semoga terus maju. #UsahaTangg­aKejayaan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia