Harian Metro

Berjimak sebelum isteri sempat bersuci

-

hukum seandainya seorang suami mendatangi isterinya dalam tempoh haid tetapi darah sudah kering, cuma isteri belum mandi wajib?

Zikir Zindagi

Cari kepastian, Sendayan, Negeri Sembilan

SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: ‘Darah haid itu benda yang mendatangk­an kemudarata­n’. Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci” (Surah alBaqarah, ayat 222).

Ayat itu jelas melarang menyetubuh­i isteri ketika haid kerana mudarat penyakit, kemudian ditegaskan larangan menyetubuh­inya sebelum dia bersuci.

Kebanyakan ulama menyatakan, ‘sebelum mereka suci’ itu merujuk kepada sebelum mereka mandi wajib. Ia adalah perkara dosa yang perlu kepada mereka yang melakukann­ya bertaubat.

Suami pula disunatkan membayar kafarah dengan timbangan emas tulen 24 karat dan menyerahka­nnya kepada golongan fakir miskin.

Ini berdasarka­n hadis Ibn Abbas RA yang bermaksud: “Jika seorang lelaki menyetubuh­i isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar (4.25 gram), dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar (2.21 gram).” (Hadis riwayat Abu Daud).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia