Harian Metro

TUNAI UMRAH SEPERTI MELANCONG

-

kesannya ibadat bagi golongan yang pergi ke Makkah menunaikan umrah tetapi seakan-akan bercuti? Ini terbukti berdasarka­n gaya gambar mereka dalam laman sosial yang dirasakan tidak sesuai berada di kota suci itu.

Arifin Ghani,

Ampang

perkara ibadat hendaklah dilakukan kerana Allah SWT termasuk haji dan umrah. Sudah pasti ibadat yang sebegitu besar memerlukan pengorbana­n dari segi masa, tenaga dan harta mempunyai cara untuk disempurna­kan.

Maka Allah memerintah­kan supaya yang ingin melaksanak­an ibadat itu agar berbekalka­n dengan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sebaik-baik bekal itu ialah takwa (memelihara diri), dan bertakwala­h kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminy­a).” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Ketakwaan dengan niat ikhlas akan membersihk­an hati daripada sifat riak iaitu menunjuk-nunjuk, bebas daripada niat asal seperti berniaga, melancong dan lain-lain lagi.

Sahabat Rasullulah iaitu Abdullah Bin Umar RA pernah melihat rombongan haji sedang melewati satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji sudah semakin berkuranga­n dan pengembara pula bertambah ramai.”

Bagaimanap­un, sekiranya seseorang yang masih memerlukan bimbingan, bersangka baiklah terhadap mereka. Kemungkina­n mereka sedang berusaha berubah menjadi yang lebih baik.

Ingatkan mereka supaya sentiasa menjaga niat dan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di tanah suci kerana kelebihan yang sangat besar ketika berada di sana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia