Harian Metro

Perbanyak amal soleh tanda taubat

-

pasangan berkahwin selepas terlanjur, namun ada cakap-cakap terutama rakan dan saudaranya menyatakan walaupun mereka berkahwin, dosa zina tetap tidak terhapus.

Perkara itu menyebabka­n kehidupan mereka tidak tenang kerana berasakan kehidupan berkeluarg­a yang dibina itu sentiasa dalam keadaan berdosa.

Sekiranya selepas berkahwin pasangan itu benar-benar bertaubat, masih adakah peluang mereka diampuni dosa? Apa nasihat ustaz supaya hati mereka kembali kuat dan sentiasa bertaubat walaupun pernah melakukan dosa besar.

Insan berdosa,

Selayang

adalah dosa besar yang perlu pada taubat yang bersungguh-sungguh. Ia merangkumi tiga syarat iaitu menyesal dengan dosa yang dilakukan, segera meninggalk­an dosa dan berazam tidak mengulangi dosa itu.

Tahniah kerana saudara diberikan hidayah untuk bertaubat dan Allah SWT menyukainy­a. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sungguh

Allah sangat berbahagia atas permohonan taubat hambaNya, lebih berbahagia daripada bahagianya sesiapa antara kamu yang kehilangan untanya lalu menemuinya kembali.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan menaruh harapan pada-Ku, akan Aku ampunkan apa yang kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku, akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhn­ya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutuk­an Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (Hadis riwayat atTirmizi)

Begitupun, hukum dan tanggungja­wab yang perlu dijalankan oleh pemerintah terhadap pelaku zina adalah terbeban kepada semua umat Islam.

Selagi tidak dilaksanak­an, maka dosa kepada semua kecuali mereka yang tidak meredainya dan membenciny­a seterusnya berusaha secara bersamasam­a bagi memestikan hukum Islam terlaksana.

Lakukanlah amal soleh supaya ia dapat menampung kesalahan lalu, seterusnya berdakwahl­ah kepada mereka yang terjebak atau hampir terjebak supaya berbalik ke pangkal jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia