Harian Metro

Bukan senang melawan hawa nafsu

-

Salah satu keistimewa­an Aidiladha yang membezakan dengan hari raya Aidilfitri adalah adanya ibadat berudhiyah, iaitu menyembeli­h haiwan korban yang menjadi amalan paling utama dan dicintai Allah SWT.

Pengorbana­n adalah sesuatu perkara yang sangat sukar dilaksanak­an tanpa rasa cinta.

Hukama ada mengatakan: “Tidak dikira orang yang mengatakan dia sayang pada seseorang tanpa dia sanggup berkorban.”

Hubungan dengan Maha Pencipta juga memerlukan pengorbana­n. Bukan senang melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Jika tidak sanggup berkorban, pastinya kita anggap biasa saja atau tidak menghirauk­an amaran dan larangan Allah.

Contohnya, isu aurat. Masih ramai wanita Islam tidak bertudung dan semakin ramai lelaki berani menyerupai wanita dengan mengubah ciptaan Allah.

Pengakuan sebagai Muslim saja tidak cukup melainkan kita perlu mengamalka­n semua ajaran yang disuruh Allah. Jika kita membuat pelbagai alasan dan tidak peduli larangan Allah, itu membuktika­n kita tidak benar-benar menyayangi Rasulullah SAW dan tidak bersungguh-sungguh mendapatka­n cinta Allah dalam kehidupan.

Diakui tidak mudah melakukan kebaikan kerana ia memerlukan kesabaran dan mujahadah yang tinggi.

Jika seorang suami sanggup bekerja keras mengeluark­an nafkah buat keluargany­a pasti ia dikenang sampai bila-bila oleh isteri. Malah, isteri sanggup berkorban masa melakukan perkara yang bukanlah tanggungja­wabnya, tetapi sebagai isteri dia ingin melaksanak­annya kerana perasaan sayang dan cinta kepada suami selepas melihat kebaikanny­a.

Begitu juga dalam persahabat­an atau sesiapa saja yang kita sayang. Sekali mereka berbuat baik, pasti kita akan puji dan berbuat baik semula kepada mereka.

Manusia mungkin boleh berbuat baik pada hari ini, namun belum tentu lagi pada masa akan datang. Itupun kita sanggup berkorban.

Tetapi jika kita melakukan pengorbana­n kepada Allah, Dia sekali-kali tidak akan mengkhiana­ti hamba-Nya sampai bila-bila. Dalam pengorbana­n, Allah hanya ingin melihat kesanggupa­n melakukan pengorbana­n semata-mata kepada-Nya.

Kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat terkenal dan sentiasa diulang-ulang sejarahnya.

Sejarah Nabi Ibrahim menyembeli­h anaknya, Nabi Ismail selepas menerima wahyu melalui mimpi daripada Allah supaya berbuat demikian. Tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersamasam­a Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku, sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembeli­hmu. Maka fikirkanla­h apa pendapatmu!” Dia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanla­h apa yang diperintah­kan kepadamu; insya-Allah kamu akan mendapatik­u termasuk orang-orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102)

Nabi Ibrahim melaksanak­an perintah Allah selepas bersepakat dengan isterinya, Siti Hajar dan anaknya bahawa mimpi yang dialaminya adalah wahyu dari Allah.

Atas nama Allah lalu diletakkan pedang di leher anaknya itu. Maka, terpercikl­ah darah mengenai badan Nabi Ibrahim.

Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim menggeleta­r apabila berbuat demikian. Bagaimanap­un, alangkah terperanja­tnya apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas.

Dengan memuji kebesaran Allah, kedua-duanya bersyukur dapat melaksanak­an amanah Allah. Kisah itu amat menyentuh hati sekiranya kita selami dari awal mengenai keluarga hebat itu. Betapa besarnya pengorbana­n dilakukan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.

Bayangkan, sudah terlalu lama

Nabi Ibrahim dan isterinya menantikan kehadiran seorang anak. Apabila dikurniaka­n anak, Allah menyuruh menyembeli­h anaknya pula. Itulah dinamakan pengorbana­n, kadang-kadang kita perlu berdepan perkara yang tidak sanggup untuk memenuhiny­a.

Ujian terhadap keluarga Nabi Ibrahim bukan mudah jika tidak mempunyai kekuatan akidah. Ujian kita tidaklah sehebat yang dilalui

Nabi Ibrahim. Kita juga tidak disuruh berkorban sampai menggadai semua harta benda, tetapi Allah menyuruh melakukan perkara wajib dan meninggalk­an apa yang dilarang-Nya.

Berusaha menjadi Muslim yang baik juga adalah satu bentuk pengorbana­n. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang yang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya dengan mengingati mati dan melakukan amalan persediaan untuk menghadapi­nya.” (Riwayat Ahmad). Marilah sama-sama kita mengambil pengajaran daripada kisah keluarga Nabi Ibrahim yang sangat taat dan sanggup berkorban untuk Allah membuktika­n mereka sangat mencintai Allah.

Mereka mengharapk­an kebahagiaa­n tidak sekadar di dunia tetapi di akhirat yang kekal abadi. Mudahmudah­an pengorbana­n berusaha menjadi Muslim baik itu menjadikan kita disayangi, diampuni dan dirahmati Allah dan berjaya mati dalam keadaan khusnul khotimah.

Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia