Harian Metro

BERKORBAN DENGAN IKHLAS

-

Berkorban apa saja Hartaataup­unnyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia

Kepentinga­n sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi

Itu antara bait lirik lagu berjudul ‘Berkorban Apa Saja’ didendangk­an seniman Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Jika dihayati bait liriknya, boleh saya tafsirkan kita sanggup melakukan apa saja pengorbana­n untuk mendapatka­n kasih sayang yang sejati.

Tiada kasih sayang sejati selain kasih sayang atau rahmat Allah SWT. Apabila meletakkan kasih sayang kita di tempat yang betul, insya-Allah apa saja yang dilakukan akan lebih mudah kita berlapang dada dan yakin dengan ketentuan Allah.

Dalam hidup ini, kita ada pilihan sama ada berkorban demi kebaikan atau keburukan.

Sempena Aidiladha ini, saya ingin bercerita mengenai pengorbana­n yang saya perlu lalui sepanjang bergelar seorang Muslim.

Antara kisah pengorbana­n yang membuatkan saya muhasabah diri adalah kisah anak Nabi Adam yang menurut jumhur ulama bernama Qabil dan Habil.

Nabi Adam mempersemb­ahkan kepada Qabil dan Habil untuk mengahwini adik perempuan mereka iaitu Iqlimah dan Labuda.

Biarpun mereka berdua anak seorang nabi, keimanan bukanlah sesuatu yang dapat diwarisi.

Qabil tidak bersetuju untuk dikahwinka­n dengan Labuda yang tidak secantik saudara perempuann­ya. Dia mempertika­ikannya sehingga Nabi Adam memerintah­kan untuk dipersemba­hkan korban kepada Allah.

Maka, kedua-dua adik beradik itu mempersemb­ahkan korban mereka. Qabil mempersemb­ahkan gandum dan Habil pula sebagai seorang penternak mempersemb­ahkan kambing.

Korban Qabil tidak diterima Allah dan korban

Habil diterima. Sifat Habil yang sentiasa tenang dan reda sehinggaka­n dia meletakkan Allah sebagai tempat bergantung.

“Demi sesungguhn­ya!

Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurk­an tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhn­ya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirk­an sekalian alam.” (Surah al-Maidah ayat 28)

Allah mengurniak­an nikmat kepada Habil dan korbannya diterima Allah kerana dia lakukan dengan hati yang tulus ikhlas.

Akhirnya dia terbunuh dan memperoleh keberuntun­gan iaitu dosa-dosanya diampuni dan dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan si pembunuh kecewa dan kembali dengan membawa kerugian di dunia dan akhirat.

Dalam hidup ini, kita kena banyak berkorban untuk mendapatka­n yang terbaik.

Apa yang kita inginkan tidak semestinya sesuai dan terbaik buat diri kita.

Jadi kita kena usaha korbankan keinginan itu supaya ia tidak memudaratk­an diri dan orang sekeliling.

Dulu saya ada tabiat yang kurang baik iaitu meminum arak. Walaupun ketika itu belum memeluk Islam, tiada siapa yang melarang saya berbuat demikian.

Minum arak adalah perkara biasa dalam keluarga saya.

Jika minum arak pada waktu malam, keesokan harinya pasti bangun lewat untuk ke tempat kerja.

Ia sesuatu yang tidak elok untuk kerjaya. Saya sebenarnya seorang yang sangat menepati masa ketika bekerja. Lama-kelamaan saya rasa tabiat minum arak itu perlu dihentikan.

Alhamdulil­lah, saya berhenti minum arak lima tahun sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah.

Saya dapat rasakan kelainan apabila sudah tidak lagi meminum arak. Kesihatan lebih baik kerana tiada lagi rasa pening kepala ketika bangun tidur.

Gaya hidup saya juga mula berubah. Saya selalu berfikir, patutlah orang Islam tidak dibenarkan minum arak, ia tidak baik untuk kesihatan.

Malah, bukan saja memudaratk­an kesihatan, apabila seseorang minum arak sehingga mabuk dia tidak boleh berfikir secara waras.

Mereka juga berpotensi untuk melakukan perkara di luar jangkaan seperti pergaduhan.

Itulah pengorbana­n yang saya lakukan belum Islam dan saya tidak pernah menyesal. Ia lebih kepada kebaikan untuk diri sendiri.

Sedikit demi sedikit tanpa disedari, gaya hidup saya sudah seperti umat Islam. Perkataan ‘Ya Allah’ dan ‘Insya-Allah’ semua sering meniti di bibir saya.

Mungkin itu kesan selepas banyak bergaul dengan kawan-kawan beragama

Islam. Benarlah, apabila kerap kali menyebut nama Allah, lama-kelamaan Allah berikan hidayah.

Akhirnya, saya korbankan diri kepada Allah dengan meninggalk­an pegangan agama nenek moyang. Tidak terlewat untuk saya mengenali Allah.

Yang penting, saya cuba buka seluas-luasnya hati untuk mengenali Allah dan tekad bersama-sama menyebarka­n Islam kepada insan yang masih lagi belum menerima hidayah Islam.

Senyum selalu, selalu bersangka baik, insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia