Harian Metro

400,000 pokok bunga, tumbuhan jadi penyeri

-

Putrajaya: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2018 (FLORIA Diraja Putrajaya 2018) di Pusat Acara Anjung Floria, Presint 4 di sini, semalam.

Keberangka­tan tiba baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Lebih menarik, baginda turut membawa kamera bagi merakam sendiri gambar bunga-bungaan ketika mencemar duli melawat beberapa tarikan FLORIA Diraja Putrajaya 2018 seperti Taman Diraja Perak yang menempatka­n replika Istana Kenangan Kuala Kangsar selain taman ajaib dan Taman Dewan

Bandar Raya Kuala Lumpur, Rendezvous.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah

Wan Ismail, Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Samad dan

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

FLORIA Diraja Putrajaya 2018 dengan tema 10 Kegemilang­an FLORIA dibuka kepada orang ramai bermula hari ini hingga 2 September ini.

Festival yang masuk kali ke-10 tahun ini akan terus mempromosi­kan Putrajaya sebagai ‘Bandaraya Dalam Taman’ dan ‘Bandaraya Bunga-Bungaan’, sekali gus mengekalka­n Putrajaya pada peta dunia sebagai lokasi penganjura­n program antarabang­sa.

Festival bunga dan taman yang menjadi ikon Putrajaya itu menjanjika­n pengalaman menarik kepada pengunjung dengan komponen dan tarikan baharu termasuk taman ajaib, taman mini

Taman Diraja Perak, taman fertigasi, pavilion bunga antarabang­sa, pameran bonsai dan gubahan suiseki.

Lebih 400,000 pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai spesis dan kultivar menghiasi Anjung FLORIA sepanjang sembilan hari penganjura­n festival berkenaan.

FLORIA Diraja Putrajaya 2018 dibuka dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam dari Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam dari Jumaat hingga Ahad.

Maklumat lanjut termasuk harga tiket boleh didapati di http://floriaputr­ajaya.com.my.

 ??  ?? SULTAN Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor bersama Dr Wan Azizah selepas perasamian Festival Bunga Dan Taman Diraja Putrajaya 2018 di Presint 4, Putrajaya.
SULTAN Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor bersama Dr Wan Azizah selepas perasamian Festival Bunga Dan Taman Diraja Putrajaya 2018 di Presint 4, Putrajaya.
 ??  ?? IZRALIZAM Sanusi bersama Nur Haniza dan anak-anak gembira merakamkan gambar berlatarbe­lakangkan replika istana.
IZRALIZAM Sanusi bersama Nur Haniza dan anak-anak gembira merakamkan gambar berlatarbe­lakangkan replika istana.
 ??  ?? PENGUNJUNG, Nor Fairuzaimi Zakaria merakamkan gambar bunga-bungaan.
PENGUNJUNG, Nor Fairuzaimi Zakaria merakamkan gambar bunga-bungaan.
 ??  ?? NURUL Amira Norsalam teruja melihat bunga berwarna-warni.
NURUL Amira Norsalam teruja melihat bunga berwarna-warni.
 ??  ?? SULTAN Selangor tidak melepaskan peluang merakamkan gambar.
SULTAN Selangor tidak melepaskan peluang merakamkan gambar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia