Harian Metro

SEMANIS JANJI

- Nur Izzati Mohamad news@nstp.com.my

Tiga sahabat anjur majlis perkahwina­n bersama

Hasrat tiga sahabat untuk berkahwin secara sederhana tercapai apabila mereka sepakat memilih mengadakan majlis perkahwina­n bersama di Surau As Solihin di Kampung Aman di sini, semalam.

Muhammad Razin Ahmad Ridzuan, 28, Siti Shahirah Baharudin, 27, dan Muhamad Arif Azwal, 25, yang berkawan sejak kecil gembira apabila keluarga masing-masing merestui cadangan Ahli Jawatankua­sa Surau As Solihin, yang mahu membantu golongan belia di kampung itu mendirikan rumah tangga.

Siti Shahirah ketika ditemui berkata, dia dan suaminya Muhammad Fitri Abdullah, 27, gembira apabila dimaklumka­n mengenai penganjura­n majlis perkahwina­n serentak itu.

“Dalam Islam menuntut untuk kita menganjurk­an majlis perkahwina­n secara sederhana dan kami bersyukur kerana tidak perlu mengeluark­an perbelanja­an yang besar untuk berkahwin,” katanya.

Majlis perkahwina­n itu julung kali dianjurkan Surau As Solihin dengan kerjasama penduduk setempat.

Sementara itu, bagi Muhamad Arif, dia dan isterinya Nor Shafina Nadzwa Mohd D Zambri, 23, tidak menyangka majlis perkahwina­n mereka dihadiri ribuan tetamu.

“Walaupun majlis ini sederhana, saya dan isteri tidak sangka ia begitu meriah serta di luar jangkaan kami berdua.

“Pada mulanya, kami agak takut juga untuk berkongsi majlis dengan yang lain, tetapi syukurlah semuanya berjalan lancar dan paling penting ia kos,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Surau As Solihin, Ismail Salleh berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis perkahwina­n serentak itu pada awal tahun ini dalam usaha membantu menjimatka­n

menjimatka­n kos perlu ditanggung keluarga pengantin.

“Rancangan ini diadakan berikutan kami menjalanka­n ibadat korban serentak yang mana ada peserta menginfakk­an daging korban untuk mengadakan majlis perkahwina­n ini,” katanya.

 ??  ?? TIGA pasangan dari kiri, Muhamad Arif, Nor Shafina; Muhammad Razin, Nur Hidayah Ismail; Muhammad Fitri dan Siti Shahirah berarak pada perkahwina­n mereka di Kampung Aman, Kepala Batas.
TIGA pasangan dari kiri, Muhamad Arif, Nor Shafina; Muhammad Razin, Nur Hidayah Ismail; Muhammad Fitri dan Siti Shahirah berarak pada perkahwina­n mereka di Kampung Aman, Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia