Harian Metro

Fiesta Yakult pamer kreativiti tempatan

-

Minatnya terhadap watak Ultraman sejak dari kecil mendorong Irsyad Al-Haziq, 25, menerokai dunia atau meniru gaya dan memadankan diri dengan watak dalam komik dan animasi dengan lebih serius.

Justeru, sebaik saja menamatkan pelajaran di bidang seni dan reka bentuk grafik dari sebuah universiti swasta tempatan, graduan sarjana kelahiran Ipoh, Perak itu nekad meneruskan kerjaya dalam bidang dengan sebuah syarikat Jepun di sini.

Lebih menarik, pakaian dan aksesori dihasilkan oleh Irsyad sendiri membabitka­n kos yang jauh lebih murah daripada pasaran.

Ketika ditemui di Fiesta Yakult 2018 bertemakan di sini, semalam Irsyad menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dengannya yang mempamerka­n kostum lengkap menyerupai watak popular dari Marvel Comics, Doctor Strange.

“Saya hanya membelanja­kan sedikit duit bagi mendapatka­n gaya Doctor Strange. Sebahagian daripada material dibeli dari kedai terpakai dan sebahagian­nya koleksi barangan peribadi saya sendiri.

“Tidak dinafikan, kos yang perlu dibelanjak­an bagi memiliki set lengkap sesuatu karakter itu memakan belanja yang agak mahal. Tetapi, kita juga boleh memanfaatk­an kreativiti masing-masing bagi meniru gaya karakter kesukaan kita,” katanya.

Selain membuat kostum sendiri, Irsyad juga memanfaatk­an bakat dimilikiny­a dengan mengambil upah menghasilk­an kostum dan aksesori animasi.

Selain Irsyad, seorang warga Jepun, Mai Takami, turut tidak melepaskan peluang menyertai acara tahunan syarikat minuman kesihatan itu bagi menyaksika­n sendiri bakat tempatan di bidang

 ??  ?? IRSYAD dan Mai memperagak­an pakaian kostum animasi Jepun sempena Yakult Fiesta 2018
IRSYAD dan Mai memperagak­an pakaian kostum animasi Jepun sempena Yakult Fiesta 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia