Harian Metro

KONGSI BERSAMA

- Rozdan Mazalan cnews@nstp.com.my

Penghuni rumah kebajikan, persatuan ibu tunggal dan asnaf kategori miskin antara tetamu program ibadat korban anjuran Badan Khairat New Straits Times Press (NSTP) di sini, semalam.

Kehadiran mereka memeriahka­n lagi program yang disempurna­kan majlis perasmiann­ya oleh Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Sebanyak empat lembu dan dua kambing dikorbanka­n pada majlis yang diadakan dengan kerjasama Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan Adabi Consumer Industries bagi meraikan golongan asnaf sekitar Kuala Lumpur yang sudah memasuki tahun ke-10 penganjura­nnya.

Eksekutif Agama Media Prima Berhad, Zamanuddin Jusoh berkata, majlis diadakan setiap tahun itu bertujuan sebagai tanda kesyukuran kakitangan dan pada masa sama meraikan golongan kurang bernasib baik.

“Tahun ini, kita mengenal pasti tiga kumpulan penerima sumbangan membabitka­n penghuni rumah anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin yang dipilih sekitar Kuala Lumpur.

“Semua penerima sumbangan iaitu dari Rumah Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa, Rumah Kasih Sayang Bandar Tasik Puteri dan Maahad Tahfiz Daru Furqan serta lima ibu tunggal dan enam fakir miskin menerima daging korban, beras, barang dapur dan wang tunai.

“Seperti tahun sebelumnya, majlis bermula dengan melapah daging korban dan memasak bersama-sama dengan 50 sukarelawa­n bertujuan mengeratka­n silaturahi­m bersama-sama insan diraikan,” katanya.

Sumbangan beras disampaika­n Pembantu Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat BERNAS, Mohd Zulhelmy Ismail.

Tiga kumpulan terima sumbangan sempena program ibadat korban kali ke-10

 ??  ?? SUKARELAWA­N bergotong-royong melapah daging korban.
SUKARELAWA­N bergotong-royong melapah daging korban.
 ??  ?? ABDUL Jalil (tengah) bersama peserta program ibadah korban di Balai Berita, Bangsar.
ABDUL Jalil (tengah) bersama peserta program ibadah korban di Balai Berita, Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia