Harian Metro

TAK SETUJU HUKUMAN PENJARA

„ Pertubuhan Islam terbesar Indonesia anggap hukuman wanita mengadu azan terlalu kuat sebagai keterlalua­n

-

Pertubuhan Islam terbesar Indonesia menganggap hukuman penjara terhadap wanita yang mengadu azan terlalu kuat sebagai keterlalua­n dan mendesak sikap tolak ansur diutamakan.

Anggota kanan Nahdlatul Ulama (NU) yang mempunyai 40 juta ahli berkata, dalam masyarakat pelbagai kaum, rungutan wanita keturunan China beragama Buddha itu sepatutnya dianggap sebagai kritikan membina.

“Seseorang yang berkata suara azan terlalu kuat, bagi saya bukan menghina Islam.

“Saya tidak melihatnya sebagai ucapan kebencian atau menunjukka­n permusuhan terhadap agama tertentu,” kata Ketua Bahagian Perundanga­n NU, Robikin Emhas.

Selasa lalu, wanita itu, Meiliana, 44, dari Medan, dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi tuduhan menghina Islam selepas meminta masjid dekat rumahnya memperlaha­nkan azan pada 2016 yang menurutnya terlalu kuat dan ‘menyakitka­n’ telinga.

Sehingga semalam, petisyen dalam talian yang ditujukan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, atau Jokowi menggesa pembebasan wanita itu sudah mengumpul lebih 115,000 tanda tangan.

Kes itu menyebabka­n berlakunya rusuhan apabila penduduk Islam menyerang kuil Buddha dan segelintir etnik Cina lari dari kawasan berkenaan.

Keputusan mahkamah itu berkemungk­inan meningkatk­an kebimbanga­n fahaman Islam sederhana di Indonesia semakin dipengaruh­i puak radikal.

Amnesty Internatio­nal mengecam keputusan mahkamah itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, pemimpin berketurun­an Cina beragama Kristian dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghina dalam ulasan dibuat berkaitan ayat al-Quran.

 ?? - Reuters ?? MEILIANA dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan, Selasa lalu.
- Reuters MEILIANA dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia