Harian Metro

Lebih 180 penduduk Palestin cedera ditembak

-

Gaza: Sekurang-kurangnya 180 penduduk Palestin cedera, termasuk akibat ditembak tentera rejim Zionis ketika tunjuk perasaan terbaru di sempadan wilayah itu dengan Israel, kelmarin.

AFP yang memetik laporan agensi berita Xinhua melaporkan, Kementeria­n Kesihatan Gaza memberitah­u dalam kenyataan 189 penduduk Palestin cedera dengan 116 dirawat di lapangan oleh kru perubatan dan anggota paramedik, manakala 73 mangsa yang parah dihantar ke hospital.

Menurut kenyataan itu, kira-kira 50 penduduk Palestin terkena tembakan tentera Israel di pelbagai bahagian tubuh, dengan dua mangsa kritikal.

Antara mangsa yang cedera ialah 10 kanak-kanak dan dua wanita.

Jumaat lalu, ratusan penduduk Palestin menyertai perhimpuna­n minggu ke-22 ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’ berhampira­n sempadan Israel.

Penganjur perhimpuna­n menggesa penduduk di wilayah terkepung itu menyertai bantahan dan protes mingguan, bermula 30 Mac lalu, setiap Jumaat.

Sejak tunjuk perasaan bermula, 171 penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel dan 18,000 lagi cedera.

Al-Qedra berkata, tiga paramedik sukarelawa­n ditembak mati dalam perhimpuna­n sejak beberapa minggu lalu termasuk seorang wanita, menambah penjajah Israel tidak menghormat­i kehadiran paramedik dan pasukan perubatan serta melepaskan tembakan terbuka ke arah mereka.

Jurucakap Hamas di Gaza, Hazem Qassem dalam kenyataan sama berkata, perarakan itu akan diteruskan ‘sehingga ia mencapai matlamatny­a’ iaitu terutama ‘memecahkan kepungan Israel’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia