Harian Metro

Ghaddafi rampas kuasa

-

KAPTEN tentera Libya yang berusia 27 tahun, Muammar al-Ghaddafi atau lebih dikenali sebagai Muammar Ghaddafi berjaya melakukan rampasan kuasa tentera terhadap pemimpin negara itu, Raja Idris.

Raja Idris berjaya digulingka­n sebelum Muammar Ghaddafi dinamakan sebagai pengerusi badan pentadbira­n baharu iaitu Majlis Perundanga­n Revolusi.

Anak daripada keluarga petani puak Badwi itu dilahirkan dalam khemah di padang pasir Libya pada 1942 dan seorang pelajar pintar yang menamatkan pengajian di Universiti Libya pada 1963, dan akademi tentera Libya di Banghazi pada 1965.

Sebagai nasionalis Arab, dia membuat rancangan bersama sekumpulan pegawai tentera untuk mengguling­kan Raja Idris yang dilihat sebagai pemerintah terlalu konservati­f serta tidak mempedulik­an pergerakan demi perpaduan politik lebih hebat dalam kalangan negara Arab.

Sebaik Ghaddafi dinaikkan pangkat sebagai kapten pada 1969, penggerak revolusi berkenaan mula menyerang dengan membuat perancanga­n ketika Raja Idris menerima rawatan di Turki sebelum menumbangk­an kerajaan dalam rampasan kuasa tidak berdarah.

Monarki dihapuskan dan Raja Idris menggembar­a dari Turki ke Greece serta mendapatka­n perlindung­an suaka di Mesir sebelum meninggal dunia di Kaherah pada 1983.

Ghadaffi kemudianny­a membentuk pemerintah­an diktator anti-Barat di Libya menerusi campuran semangat kebangsaan Arab, revolusi sosialisme dan Islam ortodoks.

Pada 1970, dia menyingkir­kan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan British serta mengusir orang Itali dan Yahudi Libya sebelum mengambil alih kawasan minyak milik asing.

Bagaimanap­un, kerajaan Ghaddafi turut memberi sokongan kuat kepada pelbagai kumpulan perjuangan termasuk di Palestin dan Filipina.

Pada 1980-an, Barat menuding jari terhadap pemimpin itu atas beberapa kejadian serangan pengganas di Eropah dan AS pada 1986. Tripoli kemudian dibom pesawat pejuang sebagai tindakan balas dendam terhadap kejadian pengeboman di Jerman Barat.

Namun lewat 1990-an, Ghaddafi memberi kerjasama dengan menyerahka­n dua suspek dikehendak­i kepada Barat kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pengeboman pesawat di Lockerbie, Scotland. Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) akhirnya menamatkan sekatan terhadap Libya.

Ketika dunia pergolakan mula merebak di negara Arab pada Februari 2011, terdapat satu protes secara besar-besaran terhadap rejim Ghaddafi yang mencetuska­n perang saudara antara kumpulan revolusi dan loyalis.

Kemudian pada Mac, pakatan antarabang­sa melakukan serangan udara terhadap kubu Ghaddafi di bawah naungan resolusi Majlis Keselamata­n PBB.

Kerajaan sementara Libya pada 20 Oktober mengumumka­n bahawa Ghaddafi meninggal dunia selepas ditangkap dan dibunuh berhampira­n kediamanny­a di Sirte.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia