Harian Metro

SORONG SYILING KE MAHKAMAH

- AFP

„ Penjawat awam bawa 12 kampit berisi duit syiling bayar tunggakan nafkah RM42,980

Seorang penjawat awam Indonesia menggunaka­n syiling seberat hampir 900 kilogram bagi membayar tunggakan alimoni (nafkah) berjumlah AS$10,500 (RM42,980) kepada bekas isterinya.

Menurut peguamnya, Dwi Susilarto tiba di mahkamah kelmarin, membawa 12 kampit berisi duit syiling berjumlah 153 juta rupiah, seberat kira-kira 890 kilogram.

Pergaduhan hampir berlaku antara Dwi, 54, dengan peguam isterinya, yang enggan menerima wang dibawa dengan kereta sorong yang ditolak lelaki itu dan dua rakannya.

Peguam Dwi menafikan anak guamnya cuba menghina bekas isterinya, Hermi Setyowati.

Peguamnya, Sutarto, berkata, Dwi yang berpendapa­tan rendah terpaksa meminta bantuan rakan-rakannya selepas mahkamah di Karanganya­r, Jawa Tengah, mengarahka­n beliau membayar tunggakan alimoni selama sembilan tahun.

“Jujurnya, saya juga terkejut tetapi anak guam saya berkata, wang itu didermakan rakan dan ahli keluargany­a yang kebanyakan­nya memberi duit syiling.

“Tiada niat untuk menghina sesiapa. Itu sahaja yang dia ada,” katanya.

Hermi akhirnya menerima bayaran itu, namun menegaskan tidak tertipu dengan alasan lelaki itu.

“Ini satu penghinaan, seolah-olah menganggap saya miskin,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

 ??  ?? KAMPIT berisi wang syiling yang dibawa Dwi Susilarto ke mahkamah di Karanganya­r, Jawa Tengah, sebagai bayaran tunggakan nafkah kepada bekas isterinya. - Agensi
KAMPIT berisi wang syiling yang dibawa Dwi Susilarto ke mahkamah di Karanganya­r, Jawa Tengah, sebagai bayaran tunggakan nafkah kepada bekas isterinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia