Harian Metro

DEKATI ‘MAT MOTOR’

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

„ Syed Saddiq mahu pastikan SIC hub sukan permotoran ASEAN

Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) kini berada di bawah seliaan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan bukan lagi Kementeria­n Kewangan seperti sebelum ini.

Pertukaran itu akan memperkuku­hkan lagi pendekatan SIC dalam usaha menjadi hub sukan permotoran terkemuka terutama di rantau Asia Tenggara.

“Sebelum ini Litar Antarabang­sa Sepang diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan tapi sekarang ini diserapkan di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan,” kata menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

(gambar).

“Sebab utamanya adalah untuk kita mendekati golongan belia khususnya ‘mat motor’ dalam usaha kita mencari penyelesai­an bersama selain mengiktira­f sukan permotoran sebagai sukan yang penting di hati rakyat Malaysia.

“Misi saya nak pastikan Litar Antarabang­sa Sepang dijadikan hub sukan permotoran ASEAN - ada perlumbaan seperti drag, F2, F3, F4, MotoGP - supaya akhirnya ada pembanguna­n komprehens­if dan di bawah KBS, ini akan dijadikan fokus kami.”

Awal pagi semalam di Litar Silverston­e, Syed Saddiq berada dalam sesi pengumuman rasmi pasukan pertama MotoGP negara, PETRONAS Yamaha Sepang Racing yang akan membuat penampilan sulung pada Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan.

Mengulas lanjut mengenai tumpuan kementeria­n dalam usaha membangunk­an sukan permotoran, Syed Saddiq berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama penggiat arena itu termasuk golongan belia yang meminati permotoran dalam tempoh sebulan akan datang.

“Menerusi pertemuan ini, saya berharap kami dapat menemui titik pertemuan dan akhirnya suara mereka diambil kira dalam usaha merangka masa depan sukan permotoran di negara ini,” katanya.

 ??  ?? GOLONGAN belia berpeluang beraksi di SIC.
GOLONGAN belia berpeluang beraksi di SIC.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia