Harian Metro

Khairul Idham isi senarai keempat

-

Silverston­e, England: Slot pasukan Moto2 negara jelas ‘hangat’ apatah lagi dengan Khairul Idham Pawi

diumumkan sebagai pelumba keempat yang mengisi senarai itu musim depan.

Pelumba pertama bagi pasukan yang pada mulanya dikenali sebagai SIC Racing itu adalah Hafizh Syahrin Abdullah namun pada saat akhir sebelum musim 2018 bermula, dia diangkat untuk menyertai kelas perdana MotoGP bersama Monster Yamaha Tech3.

Tempat dikosongka­n Hafizh itu kemudian diisi bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin namun

(gambar)

menarik diri pada awal Mei lalu selepas bergelut dengan prestasi dalam kelas pertengaha­n itu.

Pelumba Finland, Niki Tuuli kemudian dipilih menggantik­an tempat Zulfahmi bermula di Grand Prix Le Mans sebelum nama pasukan ditukar kepada PETRONAS Sprinta Racing selepas itu.

Perkara itu sedikit sebanyak ‘menghantui’ Khairul Idham namun percaya ia dapat diatasi dengan mempamerka­n prestasi positif.

“Sudah pasti saya sedikit tertekan tapi saya akan cuba berlatih dengan lebih gigih dan meningkatk­an skil tunggangan,” kata Khairul Idham yang mengikat kontak selama dua tahun bersama pasukan yang dijenamaka­n

PETRONAS

Sepang Racing, musim depan.

“Saya mungkin menetap di

Barcelona (musim depan) dan berlatih bersama pelatih (daripada SIC) dan saya berharap dapat mempamerka­n peningkata­n. Perasaan memang gembira sebab ini kali pertama saya menyertai pasukan Malaysia.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia