Harian Metro

BENTENG BELUM MANTAP

- AFP

Londonmeng­enai ebimbangan Maurizio Sarri

permulaan perlahan bersama Chelsea mungkin tidak berasas, tetapi pengendali itu menegaskan pasukannya masih mempunyai banyak perkara untuk diperbaiki.

Chelsea akan bertandang ke Newcastle malam ini dengan sasaran mengutip kemenangan ketiga berturut-turut pada perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas menyatakan kerisauan mengenai betapa cepat pemainnya mampu menyesuaik­an

Kdiri dengan corak permainann­ya, masalah Sarri sekarang berkisar mengenai siapa yang akan keluar daripada skuadnya.

Kekalahan kepada Manchester City dalam aksi Perisai“Komuniti dan kemenangan tipis ke atas Arsenal hujung minggu lalu memberi gambaran jelas kelonggara­n di benteng pertahanan.

Ketika menentang

Arsenal, gol lewat permainan menerusi pertahanan kiri Marcos Alonso memberikan kemenangan 3-2 selepas Henrikh Mkhitaryan dan Alex Iwobi mengimbang­i dua jaringan awal Chelsea.

Dengan Newcastle tidak mempunyai ancaman sehebat City dan Arsenal, Sarri sedar peluangnya untuk mengukuhka­n kedudukan pasukan dalam kelompok empat teratas terbuka luas.

Pengendali berusia 59 tahun itu akan kembali bermain dengan empat pertahanan selepas dua musim Chelsea menggunaka­n formasi 3-4-3 di bawah kendalian Antonio Conte.

Menurut Sarri, empat pertahanan adalah penting sebelum beliau memperkena­lkan pendekatan yang digelar ‘Sarri-ball’ di kelab lamanya Napoli.

“Saya tidak boleh bermain dengan lima pertahanan kerana kami bertahan dengan melihat kepada bola,” kata Sarri.

“Dengan cara ini, jika saya bertahan dengan lima pemain, saya kehilangan ruang di tengah padang. Saya cuba lakukannya lima tahun lalu, tapi ia bukan cara saya.”

Sarri gusar pemain lambat terima taktikal ‘Sarri-ball’

 ??  ?? DIOGO Jota (kiri) dikawal pemain City Bernardo Silva.
DIOGO Jota (kiri) dikawal pemain City Bernardo Silva.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia