Harian Metro

SAPU BERSIH

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

„ Selangor XI rampas Piala Sultan Selangor

Pilihan Selangor merampas kembali Piala Sultan Selangor selepas menundukka­n Pilihan Singapura 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit.

Pemain dari Singapura, Faris Ramli muncul wira Red Giants apabila menyempurn­akan sepakan terakhir selepas Irfan Najeed gagal menyudahka­n sepakan ketiga Singapura.

Singapura menjuarai dua edisi terakhir pada 2016 dengan keputusan 4-3 (penentuan sepakan penalti) dan 3-2 di Stadium Nasional tahun lalu.

Pada aksi malam tadi, Selangor dikejutkan dengan jaringan pembukaan Singapura seawal minit kesembilan hasil percubaan jarak dekat Shuhei Hoshino selepas pertahanan Selangor gagal mengeluark­an bola dari kawasan penalti.

Bagaimanap­un, kedudukan itu hanya bertahan enam minit apabila Rufino Segovia menyamakan kedudukan buat Selangor, sekali gus menyaksika­n babak pertama berakhir 1-1.

Babak kedua tampak lebih rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan percubaan terbaik Selangor hadir pada minit ke-58 menerusi rembatan deras Romel Morales yang berjaya diselamatk­an penjaga gol Singapura, Zaiful Nizam Abdullah.

Singapura juga memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menghasilk­an jaringan, namun gagal disempurna­kan jentera serangan yang diketuai Hoshino. Terdahulu, skuad veteran Selangor menundukka­n veteran Singapura 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Pada aksi sebelah petang, skuad bawah 16 (B-16) tahun Selangor turut merangkul Piala Cabaran Sekolah Selangor-Singapura selepas menundukka­n skuad B-16 Singapura 2-0.

 ??  ?? PEMAIN Selangor, Romel Morales (kiri) cuba melepasi halangan pemain Singapura, Wataru Murofushi pada Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.
PEMAIN Selangor, Romel Morales (kiri) cuba melepasi halangan pemain Singapura, Wataru Murofushi pada Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia