Harian Metro

Safawi terkilan lepas dua peluang

-

Jakarta: Penyerang negara Safawi Rasid jelas tidak bernasib baik untuk menambah koleksi jaringanny­a apabila gagal menggegar gawang Jepun malam kelmarin.

Dua peluang keemasan yang dimilikiny­a ketika perlawanan berbaki 10 minit sekadar menggegar palang dan tiang lawan pada perlawanan pusingan kedua itu.

“Sangat kecewa kerana ia peluang keemasan saya untuk menjaringk­an gol namun tidak berhasil. Sebagai penyerang, saya perlu tajamkan lagi semua kekurangan ini,” kata Safawi.

Jepun berjaya mendapatka­n penalti selang beberapa minit selepas dua percubaan Safawi sekali gus menewaskan skuad negara 1-0.

“Perit sekali... kami sudah bertahan dan menyerang. Malah selepas mereka menjaringk­an gol, kami terus menyerang. Tekanan memang sedikit tinggi kerana ia peringkat kalah mati.

“Berbeza ketika menentang Korea Selatan dalam aksi kumpulan. Tapi tiada siapa harus dipersalah­kan... kami menang bersama, tewas juga sebagai satu pasukan,” katanya.

Safawi yang sudah meledak empat gol berkata, mereka berjaya mengimbang­i permainan lawan pada separuh masa kedua namun tidak menemui sentuhan penyudah.

“Kami mengikut peranca- ngan taktikal jurulatih dan berjaya memberi saingan. Mungkin perbezaan antara kami adalah tahap keyakinan dan tidak bernasib baik,” katanya. awal perlu dilakukan dalam usaha membentuk skuad mantap untuk mengharung­i kempen kelayakan itu.

Malah, beliau mengakui sudah mengadakan perbincang­an bersama pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai program untuk memantapka­n lagi skuad B-23.

“Kami perlu lakukan perancanga­n awal yang lebih rapi dan memperbany­akkan aksi persahabat­an terutama di luar negara. Tahun ini saja kami beraksi lapan perlawanan bermutu tinggi termasuk pada Kejohanan AFC di China.

“Saya juga mempunyai lebih kurang 10 pemain seperti Syamer Kutty Abba dan Daniel Amier yang masih boleh

bersama. Jadi majoriti pemain yang ada memberi impak berlainan dan menjadikan pasukan lebih kuat.

“Saya sentiasa yakin dengan pemain sedia ada dan bagi kelayakan Kejohanan AFC tahun depan, saya percaya kami mampu layak dan pada masa sama membuka harapan ke Sukan Olimpik 2020,” katanya, semalam.

Anak buah Kim Swee terkandas pada pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia selepas tewas 0-1 kepada Jepun, malam kelmarin.

Biarpun kecewa, Kim Swee bagaimanap­un tetap berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n anak buahnya terutama berjaya mengejutka­n juara bertahan Korea Selatan pada peringkat kumpulan.

 ??  ?? DOMINIC (tiga dari kanan) kelihatan kecewa selepas menjatuhka­n penyerang Jepun dan seterusnya menghadiah­kan penalti.
DOMINIC (tiga dari kanan) kelihatan kecewa selepas menjatuhka­n penyerang Jepun dan seterusnya menghadiah­kan penalti.
 ??  ?? SAFAWI (kiri) cuba melepasi pertahanan Jepun.
SAFAWI (kiri) cuba melepasi pertahanan Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia