Harian Metro

ATUR PERANGKAP DEPAN JARING

-

„ Taktik Ee Yi-Yew Sin berjaya ketepikan

beregu nombor tiga dunia dari Jepun

Kejutan dicipta pasangan bukan pilihan negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang mengetepik­an beregu nombor tiga dunia dari Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura seterusnya layak ke suku akhir badminton Sukan Asia di Istora Senayan, semalam.

Ee Yi-Yew Sin menang 21-14, 21-17 bagi meneruskan cabaran negara ketika rakan sepasukan dalam acara beregu campuran dan perseorang­an terkandas.

Tanpa diletakkan sebarang harapan, Yew Sin menjelaska­n mereka mengatur strategi yang terbukti berkesan untuk menundukka­n jaguh handalan dunia dari Jepun itu.

“Kami bermain bagus hari ini, tidak beri peluang kepada mereka untuk menyerang dan kami senang mengambil mata.

“Mereka memang beregu pilihan dan kami tidak mahu mereka mendapat tahap konsisten dan mahu menyusahka­n mereka sejak awal permainan,” katanya.

Jelasnya sebelum menentang pasangan itu, jurulatih juga mahu mereka bermain di depan jaring bagi memerangka­p lawan dan ia terbukti berkesan.

Bagi saingan suku akhir hari ini, mereka akan berdepan sama ada wakil tuan rumah atau pasangan dari Korea Selatan.

“Memang kami mahu dapatkan pingat kerana Sukan Asia adalah antara acara yang besar buat badminton,” katanya.

Satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mara apabila mengatasi lawan dari Nepal, Bikash-Nabin Shrestha 21-9, 21-12.

Sementara itu dalam acara perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia menamatkan saingan negara apabila tewas 11-21, 17-21 di tangan Son Wan Ho dari Korea Selatan.

 ??  ?? AKSI Ee Yi (kanan) dan Yew Sin ketika berdepan beregu Jepun.
AKSI Ee Yi (kanan) dan Yew Sin ketika berdepan beregu Jepun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia