Harian Metro

Kembalikan maruah badminton negara

-

pencapaian skuad negara dalam acara berpasukan pada temasya Sukan Asia Jakarta Palembang nyata banyak ‘kerja’ perlu dilakukan untuk kembali memartabat­kan maruah Malaysia.

Skuad negara gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas kepada Jepun 0-3.

Kalau satu ketika dulu Jepun bukan pencabar utama, namun sekarang jelas sekali pasukan dari Negara Mahatari Terbit itu memiliki pakej lengkap.

Malah bukan Malaysia saja tetapi negara kuasa besar dunia seperti China juga perlu bermati-matian untuk menewaskan Jepun.

Pada pemerhatia­n saya, masalah utama skuad negara adalah dalam acara perseorang­an.

Jelas sekali ketika ini belum ada pemain yang benar-benar berkualiti yang boleh diharapkan.

Bertambah sukar apabila pemain negara seakan tidak boleh menerima tekanan.

Sebaliknya jika tidak diletakkan sebarang harapan boleh pula mereka beraksi pada tahap terbaik dan melakukan kejutan.

Inilah perkara yang perlu dianalisis oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Mungkin pemain negara kurang dari aspek kekuatan mental. Segala kelemahan ini perlu diatasi segera. Kalau tidak sampai ke sudah kita akan kempunan untuk melihat skuad negara memenangi Piala Thomas.

Bercerita mengenai Sukan Asia, saya akui pungutan pingat untuk kontinjen negara ketika ini sangat perlahan.

Namun saya tetap yakin dan percaya kita mampu mencapai sasaran tujuh emas. Sebab ada lagi beberapa acara sukan yang masih boleh diharapkan untuk memenuhi sasaran itu.

Malaysia Boleh! Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia