Harian Metro

Afifah, Natasha teruja buru pingat EMAS KITA PUNYA...

-

Palembang: Pemain bowling negara Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan tidak sabar untuk merebut pingat dalam acara Masters Wanita pada temasya Sukan Asia Jakarta Palembang.

Syaidatul Afifah mengumpul mata tertinggi dalam kedudukan All-Events dengan 2,918 jatuhan pin dalam acara trio wanita untuk merangkul emas bersama Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, sebelum bergabung dengan rakan sepasukan dan memperoleh perak dalam acara berpasukan wanita.

Pemain berusia 26 tahun itu berharap mengekalka­n momentum persembaha­nnya dan berusaha mendapatka­n pingat ketiga dalam edisi kali ini, jumlah maksimum pingat yang boleh diraih seseorang pemain selepas penganjur mengurangk­an jumlah pingat yang ditawarkan untuk acara perseorang­an, beregu dan All-Events, kali ini.

“Setakat ini saya beraksi dengan baik di lorong bowling dengan corak minyak yang panjang dan sederhana dan saya berpuas hati dengannya. Saya hanya perlu kekalkan momentum saya… mengharapk­an sebutir lagi pingat, ” katanya.

Sementara itu, Natasha yang layak ke acara itu selaku pemain kedua terbaik Malaysia selepas berada di kedudukan keempat dalam acara All-Events dengan 2,828 jatuhan pin, juga menyasarka­n sebutir lagi pingat walaupun berdepan saingan sengit kerana hanya yang terbaik mara dalam acara itu.

“Sebenarnya, saya tidak menjangka untuk melangkah ke Masters, tapi saya sudah layak maka saya akan memberikan yang terbaik untuk meraih satu lagi pingat buat negara. Ia sukar kerana setiap pemain beraksi dengan sangat baik,” katanya.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara Masters ketika Shalin Zulkifli dan Lai Kin Ngoh meraih tempat pertama dan kedua di Busan 2002. BERNAMA

Emas kini sah menjadi milik Malaysia dalam acara individu wanita Sukan Asia 2018 apabila dua bintang skuasy, Datuk Nicol David dan S Sivasangar­i mara ke final, semalam.

Bagaimanap­un, ia bukan saja persaingan emas atau perak namun dilihat pertaruhan lebih besar kerana ia akan menentukan siapa pemain nombor satu negara.

“Saya tidak pernah bertemu Nicol di pentas kejohanan sebesar ini. Ia umpama impian jadi kenyataan.

“Sudah pasti saya mahu menang dan begitu juga dia. Ia hari yang baru esok, buat masa sekarang saya gembira kami mara ke final,” kata Sivasangar­i.

Terdahulu, pemain negara di ranking 40 dunia berusia 19 tahun itu meneruskan kejutan apabila menumbangk­an pemain ke-16 dunia, Joshana Chinappa 12-10, 11-6, 9-11, 11-7 pada separuh akhir selepas mengejutka­n pemain ke-11 dunia, Annie Au dari Hong Kong pada suku akhir.

“Saya sendiri masih tidak percaya. Ini penampilan

„ Nicol, Sivasangar­i tentu pemenang di final individu wanita

pertama di Sukan Asia, namun sudah ke final. Sukar untuk saya ungkapkan kegembiraa­n ini,” katanya.

Sebelum Sivasangar­i beraksi, Nicol terlebih dulu turun ke gelanggang dan tidak berdepan kesukaran menumbangk­an seorang lagi pemain India, Dipika Pallikal 11-7, 11-9, 11-6.

Pemain berusia 35 tahun itu memburu emas kelima individu Sukan Asia.

“Sememangny­a saya mengharapk­an aksi final sesama sendiri esok. Tidak kira siapa, saya akan beri yang terbaik dan fokus kepada permainan diri sendiri,” katanya.

Mengulas aksi separuh akhir, Nicol berkata, lawan memberikan tentangan sengit sepanjang dua set awal, namun dia menanam azam untuk menang bagi menambah keyakinan.

“Saya berasa bagus hari ini dan sedar lawan adalah sukar. Saya gembira mampu memberikan yang terbaik,” katanya.

Pertemuan final di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno menjanjika­n emas kedua kontinjen negara di Sukan Asia 2018.

 ??  ?? AFIFAH
AFIFAH
 ??  ?? NATASHA
NATASHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia