Harian Metro

Regu negara mudah benam Nepal

-

Palembang: Regu negara mudah mengatasi Nepal 2-0 pada aksi pembukaan acara antara regu temasya Sukan Asia Jakarta Palembang, semalam.

Pada aksi di Dewan Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, regu Malaysia yang dibarisi Zulkifli Razak selaku tekong, Haffizi Razak (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) menang mudah pada set pertama 21-1.

Percaturan ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad yang memasukkan tekong utama, Syahir Rosdi pada set kedua menambahka­n lagi cengkaman aksi skuad negara untuk mencatat kemenangan mudah 21-2 sekali gus memberikan kemenangan pertama skuad negara.

“Perlawanan hari ini memang sudah dijangkaka­n, kerana anda tahu Nepal masih baru dalam sukan sepak takraw ini dan ini bukanlah cabaran sebenar skuad negara.

“Pada set kedua, saya memasukkan Syahir kerana ingin dia beraksi dengan Haffizi kerana sebelum ini dalam acara regu berpasukan mereka tidak berada dalam regu sama, jadi ia lebih kepada mencari keserasian,” kata Talib.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, India dan Nepal.

Manakala tuan rumah, Indonesia berada dalam Kumpulan A bersama Singapura, Filipina dan Pakistan.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen negara untuk menuai emas seterusnya bagi mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Syed

Saddiq

Syed Abdul Rahman sebelum ini. BERNAMA

 ??  ?? HAFFIZI (tengah) melakukan rejaman ketika menentang Nepal.
HAFFIZI (tengah) melakukan rejaman ketika menentang Nepal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia