Harian Metro

NAURAJ, HUP WEI MARA

-

Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei melepasi pusingan kelayakan untuk layak ke acara final Sukan Asia di Gelora Bung Karno, semalam.

Nauraj dan Hup Wei masing-masing melakukan lompatan 2.15 meter bagi menempatka­n diri dalam kalangan 13 atlet terbaik yang akan bersaing pada final esok.

Ia tampak mudah buat atlet negara namun akan berdepan cabaran besar apabila ramai lawan memiliki catatan peribadi melebihi

2.3m pada saingan

(gambar)

kali ini.

Bagi Hup Wei, cuaca panas semalam berikutan tiada khemah di kawasan pertanding­an.

Bagaimanap­un dia yang memiliki catatan terbaik peribadi 2.28m tidak terganggu dengan keadaan itu dan sudah bersedia bagi menghadapi final.

“Final nanti sebelah malam, okay sikit, tadi

tiada khemah jadi panas tapi semua orang sama, itu bukan alasan,” katanya yang melepasi 2.10m dalam lompatan pertama sebelum memerlukan dua lompatan bagi melepasi ketinggian 2.15m.

Katanya, selepas sesi kelayakan dia akan menjalani sesi pemulihan bagi menghadapi final.

Ditanya mengenai pencapaian­nya yang sudah beberapa kali menewaskan Nauraj sebelum ini, Hup Wei berkata, ia bukan perkara utama sebaliknya mereka akan berganding­an bagi mendapatka­n keputusan terbaik. Bagi saingan kali ini, Hup Wei berkata, atlet dari Syria memiliki pencapaian terbaik 2.36m manakala beberapa orang lagi juga memiliki catatan melebihi 2.30m.

“Sasaran saya adalah memperbaik­i catatan terbaik 2.28m dibuat di Australia Januari lalu.

“Jika ada pingat ia bonus,” katanya yang beraksi buat kali ketiga di Sukan Asia selepas Doha 2006 dan Guangzhou 2010.

Rekod kebangsaan acara itu adalah 2.30 dicipta Nauraj pada Terbuka Singapura tahun lalu manakala rekod Sukan Asia 2.35m.

„ Dua jaguh lompat tinggi

negara layak ke final

 ??  ?? HUP Wei menunjukka­n tanda bagus selepas berjaya lepasi pusingan awal.
HUP Wei menunjukka­n tanda bagus selepas berjaya lepasi pusingan awal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia