Harian Metro

KONSEP RIADAH TIGA DALAM SATU

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Pada awalnya ia hanya jeti biasa untuk menternak ikan tetapi kini berubah menjadi pusat riadah hingga menarik 1,000 pengunjung setiap hujung minggu.

Terletak 20 kilometer (km) dari pusat bandar, Jeti Lagenda di Kampung Bambangan antara destinasi riadah yang mendapat sambutan tidak saja daripada kalangan penduduk daerah ini, malah daerah berhampira­n seperti Kinabatang­an, Beluran dan Ranau.

Kelebihann­ya menawarkan konsep tiga aktiviti dalam satu iaitu memancing bagi lelaki, barbeku bagi wanita dan mandi laut bagi kanak-kanak menjadikan pusat riadah itu tumpuan sejak operasinya bermula 2015.

Pusat itu juga menawarkan beberapa aktiviti sampingan termasuk karaoke, berperahu untuk melawat sangkar ternakan ikan serta mendaki bukit.

Dengan yuran masuk dikenakan cuma RM2 seorang untuk dewasa manakala RM1 bagi kanak-kanak bawah tujuh tahun, pengunjung pusat rekreasi itu boleh mandi sepuas-puasnya.

Pemilik pusat rekreasi itu, Awang Ahmad, 62, berkata, idea bagi membina pusat rekreasi itu timbul apabila melihat potensi kawasan itu dibangunka­n dengan tahap kebersihan pantai serta air jernih.

“Apabila saya pergi ke Semporna, saya lihat pusat pelanconga­n di Tampi-Tampi yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong. Sekarang bukan saja masyarakat sekitar yang datang ke sini, malah ada pelancong luar seperti China dan Australia.

“Mungkin kerana air yang jernih, bersih dan selamat kerana berpagar, tempat ini menjadi tumpuan ramai,” katanya ketika ditemui di sini.

Kampung Bambangan yang boleh dihubungi menerusi jalan darat dan laut adalah perkampung­an nelayan yang dihuni kira-kira 600 penduduk dengan lebih 100 rumah.

Awang berkata, beliau kini dalam perancanga­n untuk menjadikan pusat rekreasi itu sebagai destinasi pelanconga­n dan berharap kerajaan khususnya Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar membantu dari segi penambahan tandas awam, bekalan air bersih serta membaiki jambatan.

Jeti Lagenda jadi tumpuan 1,000 pengunjung setiap hujung minggu

 ??  ?? PUSAT riadah Jeti Lagenda di Kampung Bambangan, menjdi tumpuan orang ramai untuk beristirah­at pada hujung minggu.
PUSAT riadah Jeti Lagenda di Kampung Bambangan, menjdi tumpuan orang ramai untuk beristirah­at pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia