Harian Metro

TIMBA PENGALAMAN DI GEDUNG TERNAMA

- Harun Yahya metahad@hmetro.com.my

“Perancanga­n tanpa tindakan hanya impian kosong,” begitu katakata yang dipegang

Ikon Metro minggu ini, Siti Zailywati

Ee Nya Mohd Azmi dalam merencanak­an perjalanan hidupnya.

Bercita-cita mahu membuka butik pakaian di pusat bandar Sibu, Zailywati yang lebih mesra disapa Ee Nya, kini sibuk berulangal­ik di antara Kuala

Lumpur dan Sibu untuk menguruska­n pembukaan butik pakaian miliknya.

“Saya bekerja sambilan di syarikat pakaian jenama antarabang­sa H&M sejak berusia 15 tahun. Sebaik selesai menduduki peperiksaa­n SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya terus bekerja sepenuh masa di syarikat itu.

“Bermula sebagai jurujual, saya kini bertugas sebagai ‘Visual Merchandis­er’ di gedung pakaian itu dan saya bertanggun­gjawab menyusun atur pakaian dan patung ‘mannequin’ di kedai itu agar sentiasa menepati trend dan gaya terkini,” katanya.

Peluang bekerja di syarikat itu membuka mata Ee Nya kerana syarikat berkenaan menawarkan peluang untuk belajar melalui kursus, latihan dan seminar yang boleh disertai oleh kakitangan syarikat.

“Dari situlah saya dapat lihat potensi diri dan saya mahu buka kedai pakaian di Sibu kerana bandar itu mempunyai pasaran baharu yang berpotensi tinggi.

“Di Sibu, tinjauan saya mendapati masih kurang butik yang menawarkan pakaian untuk golongan berusia 18 ke 25 tahun. Itulah pasaran yang saya mahu terokai di bandar itu,” kata gadis kacukan Iban dan Banjar ini.

Menurutnya, harga pakaian jualannya kelak diletakkan bawah aras harga RM200 bagi membolehka­n pakaian itu mampu dimiliki oleh semua golongan.

“Setakat ini saya sudah mengenal pasti beberapa pembekal pakaian dari luar negara. Saya juga mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membuka perniagaan saya nanti,” katanya yang merancang butiknya mula beroperasi pada pertengaha­n tahun depan.

Ee Nya juga percaya pembukaan butik pakaian perlu disokong dengan promosi dan jualan dalam talian.

“Oleh itu, saya juga bekerjasam­a dengan sebuah syarikat yang pakar dalam pembinaan medium jualan dalam talian untuk membantu membina platform jualan dalam talian untuk perniagaan saya nanti.

“Semuanya kini sedang bergerak. Biarpun saya baharu berusia 19 tahun, saya berpengala­man bekerja sejak berusia 15 tahun dan telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran. Saya tahu, dengan sokongan positif orang sekeliling, apa yang dirancang akan menjadi realiti dan apa yang penting, terus bertindak dan bekerja ke arah impian itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? PROFIL
SAHIRMAN PULON
LAHIR: 4 April 1988
ASAL: Kota Belud
UMUR: 30 tahun
ETNIK: Bajau / Suluk AGAMA: Islam
TINGGI: 171 sentimeter BERAT: 61 kilogram KELULUSAN: Sijil Pelajaran Malaysia
PEKERJAAN: Pelakon, pengarah telemovie, penyanyi dan pengacara majlis
HOBI: Menyanyi, mengubah suai filem pendek.
FOTO: PROFIL SAHIRMAN PULON LAHIR: 4 April 1988 ASAL: Kota Belud UMUR: 30 tahun ETNIK: Bajau / Suluk AGAMA: Islam TINGGI: 171 sentimeter BERAT: 61 kilogram KELULUSAN: Sijil Pelajaran Malaysia PEKERJAAN: Pelakon, pengarah telemovie, penyanyi dan pengacara majlis HOBI: Menyanyi, mengubah suai filem pendek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia