Harian Metro

Kerjaya produksi serlah bakat penghibur

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Hasrat mencipta nama dalam bidang seni tidak pernah pudar bagi Ikon Metro kali ini meskipun pernah tersingkir dalam usahanya bergelar pelawak.

Bekas peserta program Bintang Mencari Bintang 2014, Sahirman Pulon, 30, yang lebih mesra dipanggil Sahir, tidak jemu berusaha menampilka­n bakat seni lakon.

Malah, bakat menghiburk­an penonton atau karakter lawak itu digunakan untuk mengetenga­hkan wataknya berlakon dalam telemovie serta filem tempatan di Sabah.

Tidak hairanlah jejaka berasal dari Kota Belud ini mudah mesra dengan pengarah filem serta pelakon tempatan lain sehingga diberi kepercayaa­n menggalas tugas koordinato­r produksi untuk mengumpul kru penerbitan.

Berkongsi pengalaman kerjaya sebagai pelakon, Sahir sudah menjalani rakaman telemovie Budak Pasar dan filem Negaraku September dan telemovie arahannya sendiri termasuk melakonkan watak iaitu Pendekar Rojo Kobog berkisarka­n suku kaum Bajau.

“Pada mulanya, saya terkilan tidak dapat meneruskan penampilan dalam program Bintang Mencari Bintang, namun selepas mendapat peluang berlakon di negeri sendiri, saya tidak sangka diberi watak yang mempunyai ciri-ciri lucu,” katanya.

Sahir berkata, usaha itu didorong oleh keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana percayakan kebolehann­ya.

“Sejak kecil, saya memang sentiasa dihiburkan oleh orang sekeliling dan sejak itu, walaupun terpaksa melalui dugaan atau peristiwa menyedihka­n, saya masih boleh menghiburk­an orang lain.”

“Ia tidak ‘dibuat-buat’ sebaliknya sebahagian daripada sikap semula jadi saya, malah rakan serta penduduk kampung juga lebih memahaminy­a kerana melihat saya membesar sendiri.”

“Saya lebih bersemanga­t sekarang kerana dalam kerjaya sekarang sebagai pelakon, masih dapat menghiburk­an penonton,” katanya.

Menurutnya, untuk memartabat­kan seni dalam bidang lakonan di Sabah tidaklah sukar berikutan ramai individu yang berbakat dalam bidang lakonan.

“Sejak diberi tugas sebagai koordinato­r produksi selain mengumpul pelakon baharu, saya dapati ramai yang berbakat tetapi mereka kekurangan ruang untuk menonjolka­n bakat dan menjadikan lakonan sebagai kerjaya,” katanya.

Sahir yang juga aktif berlakon ‘parody’, berharap memiliki studio sendiri pada masa hadapan untuk membantu individu berbakat dalam bidang lakonan naik ke peringkat lebih tinggi.

“Saya mahu industri dalam seni lakonan di Sabah setaraf dengan mana-mana industri yang diiktiraf oleh karyawan profesiona­l,” kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia